◉ HEADLINES

Akmal mengaku tidak bersalah atas tuduhan timbulkan kegentaran awam

Akmal mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan

10:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas tuduhan mengeluarkan kenyataan di Facebook yang didakwa menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam.

Akmal, 37, memohon untuk dibicarakan.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu.

Kes ditangguh pada 22 September ini untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Nordin Ismail, manakala Akmal diwakili barisan peguam diketuai Aizat Azam.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial miliknya yang ia dilihat menimbulkan kegentaran awam apabila mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam, jam 3 petang pada 11 Ogos lalu.

Dalam pada itu, ratusan penyokong beliau berkumpul di luar bangunan mahkamah seawal jam 7 pagi tadi sebagai tanda solidariti.

Mereka turut meluangkan ‘hidup pemuda’ serta melaungkan kata-kata semangat kepada beliau dan turut berselawat.

Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini mengesahkan keputusan untuk mendakwa Akmal dibuat selepas pihaknya meneliti kertas siasatan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan dibuat Muhamad Akmal di laman Facebook ‘Akmal Saleh’. – 22 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related