HEADLINES

Tarif semasa air kebanyakan bawah RM1, Pulau Pinang kenakan caj paling rendah

Pulau Pinang merekodkan caj terendah iaitu 22 sen bagi penggunaan setiap 20 meter padu untuk meter individu dan pukal

12:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tarif air bagi kebanyakan negeri ketika ini tidak melebihi RM1 bagi setiap 20 meter padu untuk kegunaan domestik (meter individu), dengan Pulau Pinang merekodkan caj terendah iaitu 22 sen.

Di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pula, surcaj bagi penggunaan 20 meter padu air adalah kira-kira 57 sen, Terengganu (42 sen), Negeri Sembilan (55 sen), Kedah (50 sen), Kelantan (45 sen) dan Pahang (79 sen).

Manakala tarif air semasa bagi jumlah sama di Melaka, Perak, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebanyak 70 sen.

Untuk kegunaan pukal (bulk meter) seperti di kediaman bertingkat (apartmen dan kondominium), tarif air sebelum ini ditetapkan mengikut negeri masing-masing dengan Pulau Pinang mencatatkan kadar terendah iaitu 22 sen bagi setiap 20 meter padu.

Selain Pulau Pinang, Perak dan Kedah turut menetapkan kadar sama dengan meter individu bagi pengguna di kediaman bertingkat di negeri itu dengan masing-masing mengenakan caj 30 sen dan 50 sen.

Kadar caj di Pahang bagi kategori pukal (bulk meter) pula adalah kira-kira 55 sen, Terengganu (62 sen), Perlis (70 sen), Kelantan (84 sen), Labuan (RM1.19) dan Selangor (RM1.38).

Selain itu, Negeri Sembilan menetapkan caj RM1.40 bagi setiap meter padu air untuk kegunaan pukal manakala, Melaka (RM1.50) dan Johor (RM1.60).

Sementara itu, tinjauan Scoop di laman web Air Selangor memaklumkan akan mengumumkan pelaksanaan tarif baharu air esok (Khamis).

“Berikutan pengumuman pelaksanaan pelarasan tarif bekalan air yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan tarif bekalan air baharu akan diumumkan pada esok,” katanya.

Awal hari ini, SPAN mengumumkan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan berkuatkuasa bermula 1 Februari depan, membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

SPAN berkata, pelarasan tarif air itu akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik.

Di bawah TSM, struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

Menurut kenyataan itu lagi, pelaksanaan pelarasan tarif air itu adalah berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri, namun kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif berkenaan. – 17 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related