Golongan pertengahan dan sektor PKS antara fokus utama Belanjawan 2024

Belanjawan 2024 akan mengangkat semula darjat dan martabat negara dengan menstruktur semula ekonomi dan meningkat kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia

3:48 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan pada bulan Oktober depan akan memberi fokus dalam memperkasa serta memperkukuhkan golongan pertengahan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata ia kerana golongan pertengahan adalah kumpulan masyarakat yang paling banyak terjejas semasa pandemik.

“Justeru, salah satu fokus utama dalam Belanjawan 2024 adalah untuk memperkasakan golongan kelas pertengahan dan mengurangkan bebanan kos sara hidup mereka.

“Seterusnya adalah memperkasa PKS daripada segi meningkatkan pendapatan perniagaan kerana kita tahu sektor ini boleh menjana pekerjaan serta pendapatan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Belanjawan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Sim berkata salah satu strategi kerajaan persekutuan adalah meletakkan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) sebagai antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menjana jumlah pelaburan negara kerana sebelum ini terdapat banyak keluhan daripada usahawan tempatan yang menganggap diri mereka berada pada kelas kedua berbanding Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Sementara itu, apabila ditanya mengenai cukai barangan mewah, beliau berkata pihak kerajaan akan mengadakan dialog bersama pemegang taruh untuk membincangkan perinciannya sebelum membuat sebarang pengumuman lanjut.

“Segala perincian termasuk nilai ambang (threshold) harga barangan mewah yang akan dikenakan cukai juga akan dibincangkan. Hanya selepas dialog perbincangan kita akan buat pengumuman seterusnya,” katanya.

Terdahulu, Sim dalam ucapannya pada majlis itu berkata Belanjawan 2024 akan mendukung Malaysia menggapai wawasan Ekonomi MADANI, yakni mengangkat semula darjat dan martabat negara dengan menstruktur semula ekonomi dan meningkat kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

Misi kerajaan akan memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi, kemampanan fiskal, daya saing dan penyerantauan, tatakelola yang baik, pertumbuhan inklusif, pekerjaan dengan gaji bermakna serta kesaksamaan peluang. 

Pulau Pinang merupakan negeri ketiga untuk Program Jelajah Belanjawan 2024.

Kementerian Kewangan akan meneruskan program berkenaan ke semua negeri di Malaysia, ia dijangka berakhir pada 22 September ini.

Program itu diadakan bagi mendapatkan maklumat berkenaan keperluan setiap sektor untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024. – 1 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related