Gara-gara nak elak kesesakan, pengguna kenderaan selamba ‘U-turn’ di Raub ByPass

Ramai netizen menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pengguna laluan tersebut yang didapati melanggar peraturan jalan raya

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang menjadi pintu masuk ke Pantai Timur mula dipenuhi kenderaan sejak semalam kerana ramai beransur pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Aidilfitri.

Malah ramai penduduk Kelantan amnya menggunakan laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) iaitu Seksyen 5A: Raub ByPass yang dibuka pada awal Mac lalu untuk menyingkatkan masa perjalanan ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub.

Bagaimanapun tular video di platform X yang memaparkan tindakan segelintir pengguna jalan raya yang selamba membuat ‘u-turn’ secara haram di laluan tersebut.

Menerusi video yang tular itu, perakam video berkongsi dia menggunakan laluan tersebut buat pertama kalinya.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, kenderaan dinaikinya itu diperlahankan selepas melihat aliran trafik di hadapan tidak bergerak disebabkan kesesakan melampau.

Pemilik kenderaan tersebut kemudian membuat ‘U-turn’ untuk keluar dari laluan yang baharu dibuka kepada orang ramai itu.

Semasa membuat pusingan U itu, beberapa kenderaan lain turut melakukan perkara sama dan keluar menerusi susur masuk laluan Raub ByPass.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang kemarahan netizen yang mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya terbabit kerana membahayakan keselamatan orang lain.

“Kenapa nak kena U-turn dekat highway? Kalau jadi apa-apa dah menyusahkan orang lain. Nak raya dah ni. Tolonglah bagi kerjasama,” kata @BangJim.

“Kenapa suka bahayakan nyawa orang lain? Kalau kereta belakang laju, tak sempat nak elak korang memang confirm akan berlaku kemalangan. Semoga tak ada apa-apa yang berlakulah,” kata @Fiti_Nizam.

“Dah nama pun balik kampung, time nak raya pula tu hadap jelah jam tu. Beria patah balik macam raya esok. Tak nak hadap jam pindah je duduk sana, tak adalah tiap tahun nak drive jauh-jauh hadap jam. Benak macam bingka ubi,” kata @heroinheart.

Susulan itu, ramai netizen menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pengguna laluan tersebut yang didapati melanggar peraturan jalan raya.

“Mohon PDRM dan JPJ ambil tindakan kepada semua kereta yang melanggar peraturan jalan raya. Boleh membahayakan keselamatan orang lain,” kata @wanieyyyazhar.

“@PDRM ada job baharu ni. Sibuk sikitlah korang nak raya ni,” kata @arifazmi48.

“Haa apa lagi, JPJ kasi samanlah. Jangan diam je nanti mereka punca orang lain buat perkara sama, membahayakan orang lain lawan arus tu!” kata @pebendadowh. – 6 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

Related