◉ HEADLINES

Hina kalimah Allah, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM12,000

Chiok Wai Loong yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah di hadapan Hakim Suzana Hussin

12:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki, Chiok Wai Loong, 34, dihukum penjara enam bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menghina agama Islam berhubung isu stoking kalimah Allah.

Wai Loong yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Dalam rayuannya, Wai Loong meminta dikenakan hukuman ringan kerana terpaksa menyara ibunya yang berusia 63 tahun.

Dia juga menyifatkan dirinya sebagai ‘keyboard warrior’ yang ‘tidak berfikir’ bahawa komennya itu sensitif kepada orang lain.

Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh bagaimanapun memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

“Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam,” katanya.

Dia didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun dan denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya.

Wai Loong, merupakan individu kedua yang dijatuhkan hukuman tersebut kerana membuat hantaran berunsur menghina di media sosial.

Semalam, Ricky Shane Cagampang, 33, telah dihukum penjara enam bulan dan denda RM15,000 atau penjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah kerana memuat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah di laman Facebook.

Isu kalimah Allah hangat diperkatakan selepas gambar stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway dimuatnaik di media sosial pada 13 Mac lalu.

KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) kemudiannya memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Susulan itu, lebih 140 laporan polis diterima berhubung isu berkenaan. – 22 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related