◉ HEADLINES

Caj penumpang lapangan terbang Malaysia antara paling berpatutan di Asean

Kadar PSC di KLIA1 dan KLIA2 lebih rendah daripada Phnom Penh, Hanoi, Ho Chi Minh, Yangon, selain Chiang Mai, Phuket, Bangkok

10:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semakan semula Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) untuk lapangan terbang tempatan meletakkan kadar Malaysia separuh lebih rendah berbanding negara jiran Asean, sekali gus menawarkan caj yang kompetitif.

Tinjauan Scoop mendapati Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), bersama lapangan terbang tempatan lain (tidak termasuk KLIA 1) menduduki tempat ketiga untuk tarif rendah yang menarik.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) baru-baru ini mengumumkan berkuatkuasa 1 Jun 2024 sehingga 31 Disember 2026, penerbangan antarabangsa yang berlepas dari KLIA 1 akan dikenakan RM73 untuk PSC setiap penerbangan, manakala KLIA2 dan lapangan terbang antarabangsa lain dikenakan RM50.

Semakan itu bertujuan untuk meningkatkan pemulihan sektor penerbangan selepas pandemik Covid-19.

Lapangan terbang yang mempunyai PSC lebih rendah dari KLIA2 dan lapangan terbang tempatan lain adalah Lapangan Terbang Brunei serta Lapangan Terbang Manila, dengan caj yang direkodkan masing-masing RM43 dan RM47.

Sementara itu, kadar PSC sebanyak RM73 di KLIA 1 lebih murah daripada kebanyakan lapangan antarabangsa lain, termasuk tarif PSC yang disemak semula di Singapura iaitu RM164, berkuatkuasa 1 April.

Lain-lain lapangan terbang dengan kadar PSC yang tinggi termasuk di Phnom Penh (RM142), Hanoi (RM128), Ho Chi Minh (RM104), Yangon (RM95), dan juga Chiang Mai, Phuket, serta Bangkok (RM92)

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika menyokong angka-angka berkenaan, menekankan kedudukan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan paling mesra bajet di Asia Tenggara.

Semua hasil yang diperolehi dari PSC akan diperuntukkan untuk mengekalkan dan meningkatkan infrastruktur, serta meningkatkan kemudahan lapangan terbang.

Terdahulu, caj PSC dari semua lapangan terbang tempatan adalah RM35 untuk perjalanan Asean dan RM73 untuk destinasi luar rantau ini. – 22 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Regulation over prohibition: nationwide vape ban ‘a gift to black-market syndicates’

Experts warn a blanket ban could undermine public health goals, fuel black-market activity, and penalise compliant businesses

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related