HEADLINES

Saya terima kek, bunga tapi perpaduan antara kaum hadiah paling bermakna: Sultan Ibrahim

Namun, hadiah yang paling bermakna bagi saya adalah perpaduan antara kaum, kerana ia merupakan kunci kepada kemakmuran negara

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah perpaduan antara kaum adalah hadiah paling bermakna sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan rasmi baginda hari ini.

Titah baginda, keharmonian dan semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama atau bangsa amat penting untuk kestabilan negara.

“Bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi, saya menerima hadiah kek, buah-buahan dan bunga. Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua buah tangan yang diterima.

“Namun, hadiah yang paling bermakna bagi saya adalah perpaduan antara kaum, kerana ia merupakan kunci kepada kemakmuran negara,” titahnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, di Johor baginda sering menitikberatkan konsep Bangsa Johor yang kekal diamalkan sejak sekian lama dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.

“Konsep Bangsa Johor adalah satu contoh yang baik, serta tunjang perpaduan dalam kalangan masyarakat,” titahnya.

Pada masa sama, baginda bertitah, Yayasan-Yayasan Diraja Johor juga berperanan aktif dalam membantu rakyat pelbagai kaum di Johor.

“Begitu juga, Yayasan Sultan Ibrahim Johor yang menghulurkan pelbagai sumbangan secara berterusan dalam membantu meringankan beban golongan memerlukan.

“Saya amat mengalu-alukan jika ada pihak mahu menghulurkan sumbangan kepada Yayasan-Yayasan Diraja Johor dan juga yayasan lain di seluruh negara dalam kita bersama-sama meringankan beban rakyat miskin,” titahnya. – 23 Mac 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related