◉ HEADLINES

Sekurang-kurangnya 25 maut dalam kebakaran di kelab malam Istanbul

Punca sebenar kebakaran masih tidak jelas, tetapi ia mungkin bermula semasa pengubahsuaian bangunan dijalankan

8:49 AM MYT

 

ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 25 orang maut apabila kebakaran meletus di sebuah kelab malam di Istanbul yang menjalani pengubahsuaian, lapor dpa memetik laporan agensi berita Turkiye, Anadolu.

Bilangan yang cedera di bangunan 16 tingkat di daerah Besiktas, di sebelah Eropah bandar itu, masih belum diketahui.

Anadolu melaporkan pejabat gabenor Istanbul berkata, kebakaran berlaku sekitar tengah hari Selasa (awal pagi tadi waktu Malaysia) di tingkat bawah bangunan itu, di mana kelab malam terletak.

Punca sebenar masih tidak jelas, tetapi kebakaran mungkin bermula semasa pengubahsuaian bangunan yang sedang dijalankan, menurut pejabat itu.

Lima orang telah ditahan, penyiar CNN Turk melaporkan tanpa memberikan butiran lanjut. Pejabat pendakwa raya telah melancarkan siasatan. – 3 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related