HEADLINES

Keena Mentor dapat banyak show sejak bawa imej ala Saloma, ‘peminat panggil saya Cik Salmah atau Cik Hasnah’

Keena mengakui terpaksa meninggalkan imej rocker dan lasak yang sudah sebati dalam jiwanya

6:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Melihat kepada imej, gaya dan penampilan penyanyi Keena Mentor ketika ini, pasti ramai terpegun kerana dia ibarat jelmaan biduanita negara, Puan Sri Saloma.

Daripada sanggul rambut, sehinggalah berkebaya dengan kain sarung batik ketat, sukar pada awalnya untuk mengenali dia adalah Keena Mentor yang dahulunya dikenali dengan imej rock chic, lasak dan ranggi.

Bercakap kepada Scoop, Keena atau nama sebenarnya, Suriana Abdul Wahab berkata, perubahan imej tersebut disebabkan pelantikannya sebagai salah seorang ikon untuk acara Perkampungan Melayu Klasik, Pasar Saloma di Giant Shah Alam sejak Januari lalu.

“Saya jadi ikon Pasar Saloma ini bersama Jibam Ramlee. Jadi, sejak tahun 2024, saya memang dah tukar penampilan.

“Daripada imej rocker dan ranggi kepada imej dan penampilan era 60-an atau 70-an. Alhamdulillah, sejak menukar penampilan, saya dapat banyak tawaran menyanyikan lagu Melayu Klasik termasuk show di acara makan malam.

“Bahkan, saya juga dapat panggilan daripada beberapa stesen televisyen dan radio untuk menyanyikan lagu-lagu lama. Begitu juga dengan show di Singapura dan Brunei,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 38 tahun itu lagi, pada awalnya tidak mudah untuk dia membawakan imej, gaya dan penampilan retro dan feminin seperti penampilannya ketika ini.

“Tapi, kita cubalah jadi lembut dan feminin. Maklumlah, kita ini ada ramai adik-beradik lelaki. Jadi bukan senang nak jadi macam ni.

“Ia macam satu benda baru dalam hidup saya. Walau apapun, motor besar saya tetap bawa juga. Yang itu tidak boleh tinggal,” katanya.

Jelas Keena lagi, perubahan pada imej dan penampilannya itu tidak begitu mengejutkan peminatnya.

“Sebab mereka mengikuti perkembangan diri saya. Siap datang lagi ke Pasar Saloma. Tapi, mereka tak panggil saya Keena. Tapi, menggelarkan saya sebagai Cik Salmah atau Cik Hasnah.

“Sebelum itu, saya ada terlibat dalam pementasan teater Madu 3 Madu pada awal tahun lepas. Dalam pementasan itu, saya bawa watak Cik Hasnah.

“Dari pementasan teater itu pun, saya dah makin serasi pula dengan stail lama seperti ini. Tapi, kalau nak buat rambut, memang kena bersiap dua jam,” katanya.

Namun, kata Keena, dia berasa terharu apabila berpeluang berjumpa dengan orang lama yang mengalirkan air mata melihat penampilannya itu.

“Mereka kata, inilah yang akak pakai dulu, masa muda-muda dulu. Dan tiada artis baru yang bawa stail macam ni. Jadi, saya bawalah,” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Yeo Bee Yin delivers twins, welcomes ‘adventure’ in raising five boys

Puchong MP shares about the physical challenge carrying identical twins on social media

KPM pastikan silibus sejarah kekal bebas daripada politik kepartian: Timbalan Menteri

Untuk memastikan kurikulum kekal bebas, kita akan pastikan bebas daripada politik kepartian

Saya tidak pernah anggap Umno musuh dalam Kerajaan Perpaduan: Anwar

Anwar berkata, kestabilan politik dan kerjasama dalam kalangan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah penting demi kesejahteraan rakyat

Related