Bakal atasi Mat Kilau? Yusof Haslam tak sangka Sheriff kini kutip RM16.3 juta

Biarpun filem kepolisian sentiasa mendapat sambutan penonton, namun kata Yusof, itu bukan jaminan ia mampu meraih kutipan yang tinggi di panggung

5:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penerbit, Datuk Yusof Haslam mengakui sudah mampu menarik nafas lega apabila filem aksi kepolisian, Sheriff arahan Syafiq Yusof berjaya meraih kutipan RM16.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan, sekali gus mengatasi kos produksinya yang mencecah RM7 juta termasuk pemasaran.
 
Namun pada masa yang sama, Yusof ketika dihubungi Scoop berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menyaingi rekod kutipan Mat Kilau menerusi filem Sheriff yang diterbitkan syarikat produksinya, Skop Productions dengan kerjasama Astro Shaw itu.

Mat Kilau sebelum ini mencatatkan RM12.2 juta penjualan tiket hanya pada minggu pertama ditayangkan di pawagam seluruh negara.

“Ramai yang cakap filem itu sudah mengatasi rekod kutipan Mat Kilau dalam tempoh dua hari tayangan. Tapi, saya tak terfikir nak menyaingi kutipan filem Mat Kilau. Bahkan, saya tak pernah mimpi mengatasi kutipan filem tersebut.

“Sebetulnya, saya sendiri tidak tidak menyangka Sheriff akan meraih kutipan RM16.3 juta dalam tempoh empat hari.

“Tapi, melihat kepada pencapaian Sheriff setakat ini, saya percaya ia boleh mencapai kutipan lebih RM20 juta. Asalkan ia dapat balik modal, dapat buat untung dan kita dapat terus bikin filem yang seterusnya, itu sudah mencukupi bagi saya,” katanya.

Menampilkan aktor terkenal, Zul Ariffin sebagai watak utama, Sheriff sudah mengatasi kos produksinya yang mencecah RM7 juta termasuk untuk tujuan pemasaran. – Gambar PR, 22 April, 2024

Yusof juga tidak menyangkal kenyataan Syafiq bahawa filem itu sudah terlebih bajet berbanding perancangan asalnya.

“Bajet kita jadi terlebih kerana terlalu banyak setting sehingga menyebabkan wujudnya kos yang berganda. Bayangkan, set untuk balai polis dan gudang, kita yang bina sendiri dan proses membinanya juga mengambil masa sebulan.

“Dalam pada itu, penggambaran filem ini juga mengambil masa cukup lama untuk disiapkan iaitu selama 81 hari. Kebiasaannya, penggambaran filem dilakukan dalam tempoh 40 hingga 45 hari.

“Mujurlah kita dapat sikit geran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), jadilah dapatlah kita cover sikit apa yang perlu,” katanya.
 
Biarpun filem aksi kepolisian dilihat mudah mendapat sambutan dan memenuhi selera penonton filem tempatan, Yusof bagaimanapun berkata, ia bukan satu jaminan filem itu akan meraih kutipan yang tinggi di panggung.

Katanya, menghasilkan filem sebegini sebetulnya lebih sukar dan bahaya kerana ia perlu mendapatkan kelulusan, khidmat nasihat dan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sheriff yang turut menampilkan pelakon yang tidak asing dengan watak ‘gangster’, Aaron Aziz mengambil masa 81 hari untuk disiapkan, jauh lebih lama berbanding kebiasaan. – Gambar PR, 22 April, 2024

“Ramai orang cakap, kalau Yusof Haslam buat filem aksi kepolisian mudahlah sebab ada kabel dengan pihak PDRM. Tetapi, mereka tidak faham bahawa saya telah membina hubungan selama 40 tahun dengan PDRM.

“Ia satu proses yang panjang. Bermula dengan penglibatan saya dalam filem Bukit Kepong pada 1982 sewaktu filem ini menjalani penggambaran kemudian ditayangkan pada 1983, sehinggalah saya membuka syarikat produksi, Skop Productions pada 1985 dan menghasilkan siri drama kepolisian.

“Sepanjang tempoh 40 tahun hubungan dengan PDRM, saya sedikit sebanyak dapat memahami sistem perundangan dan apa yang boleh dan tidak boleh. Tapi dengan teknologi yang ada sekarang, sudah ada keterbukaan daripada PDRM untuk kisah mengenai polis tangkap polis dalam filem Sheriff ini.

“Saya juga berterima kasih kepada PDRM kerana mereka tidak banyak mengganggu atau mengubah skrip Sheriff kerana mereka sendiri berpendapat skripnya bagus.

“Semua perkara yang ditonjolkan mempunyai sebab dan bukan dilakukan dengan sengaja. Namun hukuman tetap hukuman dan undang-undang tetap undang-undang,” katanya. – 22 April, 2024

Topics

Popular

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ice creams seized for being labelled ‘no palm oil’

Enforcement officers from the domestic trade ministry seized RM897.60 worth of ice cream with the offending label

Related