◉ HEADLINES

Pelakon dan pelawak 1980-an, Isma Aliff ditidurkan, jantung bengkak akibat strok

Isma Aliff dimasukkan ke Hospital Ampang sejak beberapa hari lalu

8:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, penyanyi dan pelawak terkenal era 1980-an, Isma Aliff ditidurkan awal pagi tadi selepas dikesan mengalami jantung bengkak akibat serangan strok ringan di bahagian kanan badan.

Khabar mengenai keadaan terkini Isma atau nama sebenarnya, Muhammad Latiff Ismail, 59, itu dimaklumkan pihak Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui WhatsApp dihantar kepada media.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, doktor juga mengesahkan jantung Isma bengkak dan tahap oksigen beliau menurun sejak semalam.

“Hari ini, doktor tidurkan dia untuk memasukkan ubat antibiotik. Buat masa ini beliau tidak sedarkan diri dan masih dipantau doktor di hospital,” katanya.

Isma yang pernah mencipta nama menerusi filem Kembar Siam serta Marah-Marah Sayang, dimasukkan ke Hospital Ampang sejak beberapa hari lalu, selepas dia mengadu tidak sihat.

Seorang rakan baik Isma, iaitu pengarah yang juga komposer, Ebby Saiful Ali ketika dihubungi Scoop memberitahu, dia turut terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkhabaran terkini Isma.

“Memang saya tahu dia sudah beberapa hari dimasukkan ke hospital. Malah, baru semalam saya berborak dengannya melalui panggilan video sekitar jam 9 lebih.

“Walaupun dia dalam keadaan lemah dan pertuturannya tidak begitu jelas, dia masih boleh dengar dengan baik dan kami berborak macam biasa,” katanya.

Menurut Ebby, dia juga terkejut apabila dimaklumkan bacaan tekanan darah Isma meningkat hingga 200 milimeter merkuri (mmHg).

“Saya memang ada nasihatkan dia supaya jaga makan, jangan tidur lewat dan kurangkan merokok.

“Bila dapat tahu hari ini bahawa dia ditidurkan, saya memang terkejut dan tidak sangka,” katanya.

Ebby berkata, dia akan menziarahi Isma di hospital.

“Saya juga difahamkan, Isma akan ditahan dalam beberapa hari lagi di wad sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya. – 19 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related