HEADLINES

Diangkat warna trending 2024, baju raya ‘brick orange’ jadi pilihan ramai

Selain jingga, warna biru nilam, hijau cerah, biru lembut, merah jambu dan biru tua antara yang turut menjadi pilihan tahun ini

11:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Saban tahun, trend dan tema warna baju raya seringkali menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Manakan tidaknya, bukan sahaja suami isteri dan anak-anak masing-masing malah pasangan kekasih juga mahu tampil sedondon serta tidak mahu ketinggalan mengikuti trend baju raya kali ini.

Nampaknya, tahun ini, jingga atau brick orange mendahului warna lain dan menjadi pilihan pelbagai jenama butik fesyen untuk diangkat sebagai warna tema bagi koleksi baju raya mereka.

Antaranya seperti jenama fesyen Bulan Bintang, Haurabelle, Alwadel Hijab, Amar Amran, Byhanibee, SN Collection, Anis Closet, El Zahary, Qiszar dan banyak lagi.

Bahkan, koleksi baju raya dengan tema warna jingga daripada beberapa jenama tersebut memang laku keras.

Tinjauan Scoop di Instagram Bulan Bintang, baju raya warna jingga yang diperagakan aktor Shukri Yahaya dan aktres berhijab, Hannah Delisha berjaya menarik perhatian netizen.

Rata-rata berminat dengan baju warna tersebut berbanding warna lain yang digayakan kedua-dua selebriti itu.

Situasi sama dapat dilihat di aplikasi TikTok jenama fesyen Nuybella. Baju raya warna jingga yang dimuatnaik di platform tersebut turut memukau netizen.

@nuybella

nak cari sedondon color oren brick ?? susah kan nak jumpa color ni. mesti cepat sold out. korang kalau nak better grab cepat2 tau. #kurungorenbat #temaorenbrick #temaorenbata #temaraya2024 #fyp

♬ original sound – MADAM ADRIANA GOLD EMAS 916💕 – KEDAI EMAS ADRIANA GOLD HQ

Pasti ada yang tertanya-tanya, dari mana datangnya trend warna baju raya tahun ini? Adakah ia ditentukan oleh trend warna sedunia?

Tidak! Itulah jawapannya kerana jika kita melihat trend warna 2024 yang dipilih Institut Warna Pantone, Peach Fuzz dipilih dan diangkat sebagai warna tema tahun ini.

Bagaimana pula dengan trend warna 2024 yang pemilihannya dilakukan pakar fesyen berpengaruh? Jika bukan Pantone, adakah pemilihan warna jingga datangnya dari situ?

Pakar menyenaraikan sembilan warna trending pada tahun ini iaitu kuning, biru lembut, oren, kelabu, merah, coklat, putih, hijau alga dan perak.

Melihat pada senarai ini, tidak mustahil warna jingga mendapat inspirasi daripada ‘every orange’ yang menjadi antara warna trending pada 2024.

Walaupun jingga diangkat sebagai warna tema baju raya 2024, beberapa warna lain seperti biru nilam, hijau cerah, biru lembut, merah jambu dan biru tua masih menjadi pilihan mereka yang inginkan kelainan. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related