◉ HEADLINES

12 kenderaan terbabit kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang

Kejadian pada kira-kira jam 4.20 petang itu membabitkan sebuah treler, tiga lori dan lapan kereta

8:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pemandu kereta menukar laluan dipercayai menjadi punca kemalangan 12 kenderaan, termasuk treler dan lori dalam kejadian di Kilometer 11.1 Lebuhraya Pasir Gudang menghala Perling, Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Raub Selamat berkata, pemandu kereta jenis Mercedes Benz hitam dari arah Perling dipandu lelaki tempatan berusia 20-an itu, menukar haluan dari lorong tengah ke kanan hingga menyebabkan pemandu sebuah treler tidak dapat mengelak dan melanggar kenderaan berkenaan.

Katanya, kejadian pada kira-kira jam 4.20 petang itu membabitkan sebuah treler, tiga lori dan lapan kereta.

“Kemudian, treler itu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar 10 kenderaan yang sedang dalam keadaan berhenti,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan tiga pemandu, masing-masing dua wanita dan tiga lelaki tempatan berumur antara 20-an hingga 60-an cedera ringan, dengan mengalami luka di muka dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis memohon saksi awam yang melihat kejadian terbabit agar tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Kelly Lee Yek di talian 014-6977122,” katanya. – 26 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related