HEADLINES

Warga emas ugut tembak mati Dr Akmal ditahan polis

Suspek berusia 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam, selepas polis menerima satu laporan daripada pengadu yang terdengar kata-kata ugutan berkenaan

10:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bunuh terhadap Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh kerana kelantangannya bersuara mengenai isu stoking kalimah Allah baru-baru ini, sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di sekitar kawasan Kandang, selepas menerima satu laporan daripada pengadu yang terdengar kata-kata ugutan berkenaan.

Menurutnya, pengadu yang juga pesara kerajaan berusia 62 tahun terdengar ugutan disuarakan suspek ketika berada di sebuah bengkel kereta miliknya.

“Pada 20 Mac lalu semasa pengadu berada di bengkel kereta itu, suspek telah memberitahu bahawa ‘Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Dr Akmal Salleh) lebih-lebih dalam isu KK Mart, satu hari dia pasti kena tembak mati’.

“Pengadu hanya berdiam diri dan tidak melayan lelaki tersebut dan pada pagi tadi pengadu telah tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut sebelum suspek kemudian ditahan,” katanya dalam kenyataan.

Christopher berkata, hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan satu pondok yang didirikan untuk menjalankan kerja membaiki kenderaan dan suspek mengaku memberitahu kepada pengadu ketidakpuasan hatinya terhadap kenyataan yang dikeluarkan Dr Akmal.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku memberitahu pengadu ketidakpuasan hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Akmal mengenai isu KK Mart.

“Tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan perkhidmatan kawalan keselamatan di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis kerana sakit dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan.

Terdahulu dalam satu video yang dimuat naik di Facebook, Dr Akmal mendakwa ugutan bunuh itu dimaklumkan oleh seorang individu tidak dikenalinya, ketika dalam perjalanan ke satu program di Lipat Kajang, di sini pagi tadi.

Susulan itu, beliau membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada jam 5 petang semalam bagi melindungi keselamatan diri dan keluarga daripada ancaman. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related