HEADLINES

Buat video ala James Bond, netizen teruja, puji cara Tengku Zafrul

Video memaparkan rangkuman lawatan rasmi PM ke Hamburg, Jerman itu dihasilkan bagi menarik perhatian pelbagai golongan, khususnya orang muda

9:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Kalau kita nak pastikan maklumat sampai kepada semua peringkat khususnya kepada golongan muda sekarang, tak boleh bergantung kepada media massa konvensional…”

Itu pandangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz susulan segelintir netizen bertanya mengapa beliau melakukan permulaan video rangkuman lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hamburg, Jerman ala ejen perisik dalam filem James Bond.

Beliau berkata, ketika ini tidak ramai golongan muda menonton berita di televisyen dan membaca surat khabar, sebaliknya mereka lebih banyak mendapat maklumat menerusi internet serta media sosial, termasuk di Instagram, Twitter dan TikTok.

“Baru-baru ini saya buat rangkuman lawatan rasmi PM semasa di Hamburg guna ‘opening’ ala James Bond. Ada yang tanya ini Menteri ke influencer (pempengaruh).

“Mengapa saya buat kelainan dalam video rangkuman dan penerangan, mengapa tak buat style (stail) video macam biasa-biasa saja, (ia) sebab kita nak tarik perhatian pelbagai golongan, khususnya orang muda.

“Kita gunakan media yang mereka selalu guna, kalau orang muda ada di TikTok, kita pergi ke TikTok, kita buat video yang boleh menarik perhatian mereka, barulah maklumat kita sampai,” katanya menerusi video di Instagram.

Zafrul berkata, beliau memilih melakukan video itu di Hotel Atlantic di Hamburg kerana ia adalah tempat mesyuarat utama Perdana Menteri dan lokasi bagi filem James Bond, Tomorrow Never Dies yang dibintangi Pierce Brosnan.

“Ini filem tahun 1997 jadi mungkin ramai tak ingat, tahu tak siapa heroin untuk filem ni, tak lain tak bukan pemenang Academy Awards for Best Actress dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya teruja dan memuji pendekatan digunakan Zafrul dalam mendekati masyarakat.

“Terbaik. Saya sendiri pun berhenti sekejap di hantaran ini, satu cara nak tarik perhatian dan pada masa sama kongsi info,” kata lynn_they_call_me.

“Setuju YB (Yang Berhormat) Tengku,” tulis azfarhashim.

“Zaman sekarang zaman orang muda. Kalau buat video macam orang tua, siapa nak tengok? Elok dah apa yang YB buat, kipidap (keep it up),” komen kopraksino. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related