HEADLINES

Paling Kak Fadh rindukan sekali suara bapa mengaji…: Kisah zaman kecil Fadhlina sentuh hati

Beliau berkata, rumah keluarganya tidak pernah sesunyi seperti sekarang semasa bapanya ada

10:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkongsian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai zaman kecil beliau dan adik-beradiknya diajar mengaji oleh ibu bapa serta kenangan Ramadan bersama keluarga, menyentuh hati warga maya.

Beliau membuat perkongsian itu di Facebook sebagai menjawab soalan seorang individu yang bertanya mengenai kisah berkenaan.

“Salam Jumaat! Ada yang bertanya kepada saya, Kak Fadh (Fadhlina), semalam kami tonton video rakaman ceramah Ramadan Almarhum Ustaz Siddiq (bapa Fadhlina). Rindu sangat Kuliah Tafsir Maudhuiy, Bicara Ramadan, Pidato Kependidikan oleh allahyarham.

“Dalam video tahun 2016 itu, allahyarham bicara perihal Al-Quran dan tujuan penurunannya. Masa kecil-kecil dulu, bagaimana arwah dan juga ibu Kak Fadh mendidik anak-anaknya dengan Al-Quran?

“Terkedu saya mendengar pertanyaan sahabat ini, seraya membalas,” katanya.

Fadhlina berkata, ketika kecil, mereka adik-beradik paling takut apabila giliran mengaji dengan bapanya, allahyarham Profesor Datuk Dr Siddiq Fadzil atau lebih dikenali Ustaz Siddiq Fadzil kerana sangat garang dan tegas.

“Selain mak dan bapak mengajarkan kami sendiri mengaji, kami turut diajar mengaji dengan guru ngaji. Kak Fadh belajar mengaji khusus dengan seorang ustaz bergelar Tok Raja’,” katanya.

Berkongsi kisah Ramadan ketika kecil, Fadhlina berkata, antara momen paling dirindui adalah suara bapanya mengaji dan mengulang hafalan Al-Quran semasa waktu senggang.

Katanya, kemudian, bapanya akan ke dapur untuk memasak juadah berbuka keluarga.

Malah, beliau berkata, sambil memasak bapanya akan mengaji dan mengulang hafalannya.

“Suara beliau sangat merdu ketika mengaji dengan diselang-selikan taranum yang memang beliau kuasai.

“Itu yang paling Kak Fadh rindukan sekali. Suara bapa mengaji,” katanya meletakkan emoji tangisan.

Lebih menyentuh hati apabila Fadhlina berkata, rumah keluarganya tidak pernah sesunyi seperti sekarang semasa bapanya ada.

“Sentiasa ada lantunan suara beliau mengaji yang menghidupkan rumah dengan kalam Allah. Bapak, tunggu kami di dunia abadi!” katanya.

Siddiq yang juga tokoh pendidikan dan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) meninggal dunia pada 31 Ogos 2021 ketika berusia 74 tahun akibat masalah kesihatan.

Bapa kepada tujuh anak, termasuk Fadhlina itu dilaporkan pernah menyandang beberapa jawatan, termasuk Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK), Ahli Panel Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). – 29 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Football for All? Not at this World Cup – T. Vignesh

The 2026 Fifa World Cup was supposed to be football's biggest celebration yet

[WATCH] Sabah’s progress held back by federal influence and weak local unity: Junz Wong

Warisan leader argues state’s resource wealth has not translated into progress, pointing to political fragmentation and comparisons with Sarawak’s stronger cohesion

Police rescue teenagers forced into online sex scam syndicate in Johor

Two minors and one man were rescued in Op Bugil as police uncover abuse, forced labour and extortion by syndicate active since November

Related