Selepas dua minggu dilancar, Rabiatul Adawiyah 2024 kolaborasi Inteam dan Khai Bahar masih trending di YouTube

Khai mengakui Rabiatul Adawiyah cukup dekat di hatinya kerana arwah ibunya meminati Inteam dan lagu tersebut

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keputusan dibuat kumpulan nasyid Inteam untuk merakamkan semula lagu popular mereka, Rabiatul Adawiyah serta berkolaborasi dengan penyanyi popular, Khai Bahar sememangnya cukup tepat.

Apa tidaknya, walau sudah dua minggu dilancarkan di platform YouTube bermula 8 Mac lalu, Rabiatul Adawiyah 2024 masih kekal trending apabila meraih kedudukan tangga ke-29 dengan jumlah tontonan sebanyak 256,790 orang.

Sebelum ini, lagu itu meraih kedudukan ke-26 dan ke ke-19 serta turut viral di TikTok.

Satu pencapaian boleh dianggap cukup baik daripada Inteam serta Khai Bahar dan apa yang penting juga, ia boleh dianggap sebagai kolaborasi artis nasyid dan artis sekular yang cukup mantap.

Malah, rata-rata peminat nampaknya memuji gandingan Inteam dan Khai serta berpendapat vokal mereka cukup serasi.

Tidak kurang juga yang memuji versi baharu rakaman lagu Rabiatul Adawiyah ini kerana ia kedengaran lebih pop dan moden.

Ketika diwawancara stesen radio baru-baru ini, Inteam yang dianggotai Hazami Harun, Syahril Khalid, Abdul Rahim dan Hisyam Ahmad mengakui pemilihan Khai adalah disebabkan mereka sebelum ini pernah berkolaborasi bersama, iaitu menerusi Setanggi Syurga pada 2020.

“Bila kami nak cari penyanyi undangan untuk versi baharu Rabiatul Adawiyah ini, kami dapati Khai memang ada buat cover lagu. Memang sedap sungguh. Jadi kenapa tidak kami pilih Khai?” kata Hazami.

Sementara itu, Rahim menyatakan Khai sendiri berterima kasih kepada Inteam atas tawaran untuk mengadakan kolaborasi lagu Rabiatul Adawiyah 2024 ini.

“Sebab lagu ini sebetulnya sangat dekat di hati dia kerana ia juga dekat di hati arwah ibunya. Arwah ibu Khai memang peminat Inteam.

“Khai pernah berkongsi cerita, ibunya memiliki banyak koleksi album Inteam. Kadang, album sama arwah ibunya beli lebih dari satu.

“Jadi, memang Khai dibesarkan dengan lagu Inteam dan Rabiatul Adawiyah adalah antara lagu yang melekat dengan jiwanya,” katanya.

Rabiatul Adawiyah adalah ciptaan Munif Ahmad dan lirik ditulis Abdul Kahar.

Ia pernah dimuatkan dalam album studio Inteam berjudul Impian Kasih diterbitkan Hijjaz Music Entertainment pada 2001.

Bahkan, Inteam sendiri pernah membawakan lagu ini bersama kumpulan nasyid Unic serta Fitri Haris sewaktu mereka menjayakan Konsert Inteam 20 Tahun pada hujung 2020.

Rabiatul Adawiyah atau Umm Al-khair Ismail al-Adawiyah tergolong dalam senarai wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam kerana memiliki kesucian hati, ketakwaan serta kecintaan cukup tinggi kepada Allah SWT. – 29 Mac, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

AstraZeneca acknowledges rare Covid-19 vaccine side effects amid legal battle 

However, company emphasises regulators worldwide agree benefits outweigh risks of extremely rare potential risks

Related