HEADLINES

Kenyataan Cuepacs ‘menegakkan benang basah’, MB Johor bukan ingin mengaibkan

Datuk Pandak Ahmad berkata, ada keperluan untuk pemimpin berkongsi teguran di media sosial kerana semuanya di hujung jari sekarang

6:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Gesaan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi sebarang teguran kepada penjawat awam secara berhemah tanpa terlalu diuar-uarkan di media sosial, disifatkan sebagai ‘menegakkan benang basah’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, sebagai wakil rakyat, beliau kerap mengiringi Onn Hafiz.

Katanya, ketika berurusan dengan rakyat, mereka perlu menghadap keluhan dan komen golongan itu.

“Rakyat call (hubungi), tagged (buat pautan) kita dekat sosial media, takkan kita sebagai pemimpin nak diam.

“Kalau tak kongsi masalah sebenar dekat sosial media, macam mana rakyat nak tahu. Sekarang semua benda di hujung jari,” katanya menerusi media sosial.

Pada masa sama, Pandak membidas kenyataan mengenai waktu puncak operasi di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI)

“Masa puncak CIQ untuk hari minggu pun tak tahu. MB (Menteri Besar) turun padang Ahad. Buat pengetahuan Cuepacs dan KPISM (Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia), waktu puncak hari bekerja dan cuti hujung minggu berbeza.

“Kalau hari bekerja, pagi dan petang sahaja akan sesak. Tapi kalau hujung minggu, sepanjang hari sesak sebab orang memang keluar masuk Johor-Singapura,” katanya.

Justeru, beliau berpandangan Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin yang mengeluarkan kenyataan itu, tidak benar-benar mengetahui masalah di pintu sempadan Johor.

“Semak dan turun padang sebelum nak buat kenyataan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yakin segala usaha Menteri Besar Johor itu, bukan ingin mengaibkan mana-mana pihak.

“Malah jika pentadbiran di CIQ baik dan lancar, rakyat juga akan menghargai jasa serta komitmen penjawat awam.

“Bukankah itu memberi impak yang baik terhadap perkhidmatan awam negara,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa Cuepacs menggesa sebarang teguran kepada penjawat awam ingin dilontarkan, dibuat secara berhemah tanpa terlalu diuar-uarkan di media sosial.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin untuk mengelak timbul situasi sehingga tidak menggambarkan situasi sebenar.

Abdul Rahman berkata, mengenai teguran Menteri Besar Johor kepada Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di tambak berkenaan, kakitangan di sempadan negara itu sudah bertungkus-lumus menguruskan kemasukan rakyat Malaysia ke Singapura dan perjalanan sebaliknya.

Katanya, lawatan Onn Hafiz dilakukan di luar waktu puncak malah sebilangan kecil kaunter di situ, ditutup kerana pertukaran giliran pegawai rehat serta tugas pentadbiran lain.

Pegawai di Tambak Johor, jelasnya, sudah bertungkus-lumus di pintu sempadan antara tersibuk di dunia itu.

“Kritikan akan menyebabkan moral pegawai jatuh,” katanya.

Pada Isnin lalu, Onn Hafiz menerusi Facebook melahirkan kekecewaan apabila tinjauannya mendapati 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor tidak dibuka kepada orang ramai, sehingga menyebabkan kesesakan sehari sebelum itu.

Menurutnya, perkembangan pengoperasian itu menunjukkan ia masih belum berada pada tahap kecekapan penuh.

Terdahulu, Presiden KPISM, Ajeet Singh Gurbax Singh menafikan berlaku kesesakan luar biasa di pintu keluar masuk Tambak Johor pada hujung minggu lalu.

Ujarnya, apa yang berlaku adalah pertukaran syif kakitangan Imigresen di antara pegawai syif baharu dan sedang dalam giliran untuk rehat, selepas waktu puncak. – 29 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related