◉ HEADLINES

Mimbar tegur ummah banyak habiskan masa menatap telefon dari baca al-Quran

Jangan jadikan tidak lancar membaca sebagai alasan meninggalkan al-Quran

6:54 PM MYT

 


KUALA LUMPUR
– Mimbar hari ini menegur umat Islam yang lebih sanggup menghabiskan masa berjam-jam dengan telefon pintar berbanding berusaha membaca al-Quran dan memahami maksudnya.

Menurut teks khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bertajuk ‘Ramadan dan al-Quran’, ramai yang tidak berusaha memahami ayat yang dibaca khususnya surah al-Fatihah dan ayat-ayat lazim.

“Marilah kita berusaha menjadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan untuk berinteraksi dengan al-Quran. Kita juga hendaklah berazam untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran kita di bulan yang mulia ini.

“Janganlah kita jadikan alasan untuk tidak membaca al-Quran sekiranya kita tidak lancar membacanya kerana ia lebih baik daripada kita meninggalkan terus daripada membaca al-Quran,” kata teks itu.

Umat Islam digalakkan untuk berusaha memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca, khususnya surah al-Fatihah dan ayat-ayat lazim – Azim Rahman, 29 Mac, 2024

Menurutnya, khatib turut menasihati diri sendiri dan jemaah sekalian agar menjadikan bulan ini sebagai bulan membaca al-Quran dan memahami ayat-ayatnya.

“Salah satu cara adalah dengan bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga atau bertadarus bersama dengan para jemaah di masjid atau di surau dan saling memperbetulkan bacaan,” katanya.

Tambah teks itu, umat Islam hendaklah meyakini bahawa al-Quran merupakan kalam Allah SWT dan satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad SAW yang boleh dilihat, dipegang dan diberi pahala kepada yang membacanya.

“Umat Islam hendaklah sentiasa belajar membaca al-Quran dan berusahalah untuk memahami, mengambil pengajaran dan menjadikannya sebagai asas dalam semua aspek kehidupan kita,” katanya.

Sementara itu teks khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk ‘Cahaya al-Quran’ menyeru kepada seluruh umat Islam untuk menguatkan kesungguhan mencari malam al-qadr (malam yang lebih baik dari seribu bulan)

“Lebih-lebih lagi kita yang kini sudah hampir ke sepuluh malam terakhir Ramadan dengan beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya.

“Teruslah melazimi membaca al-Quran walaupun setelah berlalunya Ramadan nanti. Tetaplah merenungi maksudnya dan menunaikan segala perintah dan ajaran yang terkandung padanya,’’ katanya. – 29 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related