◉ HEADLINES

Misteri kehilangan pemandu e-hailing terungkai, ditemui di tepi jalan di Pandamaran

Syahrul Asyraf Dahlan yang hilang sejak 12 Julai lalu tidak memaklumkan kepada keluarga keberadaannya kerana tertekan akibat masalah kewangan yang kritikal

9:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tertekan akibat masalah kewangan yang kritikal menjadi punca misteri kehilangan pemandu e-hailing, Syahrul Asyraf Dahlan, 33, sejak 12 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, Syahrul ditemui sepasukan polis di tepi jalan dekat Pandamaran, Klang pada jam 5.40 petang tadi.

Menurutnya, pemandu e-hailing itu berada dalam keadaan selamat.

“Syahrul berjaya dikesan dan dijumpai sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya, petang tadi. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

“Hasil temubual awal mendapati Syahrul tidak memaklumkan kepada keluarga keberadaannya kerana dalam keadaan tekanan mempunyai masalah kewangan yang kritikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, keluarga Syahrul sudah dimaklumkan mengenai penemuannya.

“Kami sudah maklumkan kepada ahli keluarga bahawa Syahrul telah dijumpai dalam keadaan baik,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan Syahrul pada Ahad lepas.

Syahrul didapati hilang dan kali terakhir dihubungi oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka melalui panggilan telefon semasa beliau sedang bekerja pada 12 Julai lalu.

Lelaki tersebut dimaklumkan tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang dan hanya tidur di dalam kereta miliknya sejak bekerja sebagai pemandu e-hailing. – 19 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

‘Live well without overspending’: Malaysia 7th best country to retire for expats

Affordable and quality private healthcare, visa and housing options favour Malaysia in International Living’s index

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related