HEADLINES

PRN Kedah: Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah mengundi bagi DUN Anak Bukit

Pengundian pada PRN ini penting bagi menentukan parti mana akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kedah

11:23 AM MYT

 

ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

Beliau bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, hadir di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah dan kedua-duanya selesai mengundi pada 9.22 pagi.

Dr Mahathir ketika ditemui pemberita berkata, setakat pagi ini beliau melihat tidak ramai pengundi berada di pusat pengundian dan menyeru agar rakyat Kedah keluar mengundi sebelum pusat itu ditutup.

Bekas ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu berkata, pengundian pada PRN ini penting bagi menentukan parti mana akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

“Kadang-kadang orang kita ini tak ambil berat jadi tak keluar mengundi, sepatutnya dia keluar mengundi kerana ini untuk menentukan masa depan. Tapi ada orang mungkin bosan rasa mengundi tak jadi apa…ini perasaan tak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai tahap kesihatan beliau susulan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan awal bulan ini, Dr Mahathir berkata beliau kini berada dalam keadaan yang baik.

“Keadaan kesihatan saya baik tapi mengalami sedikit demam, jadi doktor mahu saya ke hospital (tapi) saya tidak mahu ke hospital. Saya rasa boleh dirawat di rumah tapi mereka tetap mahu saya ke hospital.

“Saya di hospital selama dua hari, selepas itu dibenarkan pulang. Saya sudah sihat sekarang,” katanya. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related