HEADLINES

Suami isteri yang juga pembekal senjata api kepada warga Israel ditahan polis

Turut ditahan bagi membantu siasatan adalah lelaki warga tempatan yang menjadi pemandu kepada warga Israel berkenaan

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan pasangan suami isteri warga tempatan disyaki menjadi pembekal senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang dekat sini.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada jam 7.30 malam tadi.

Menurut beliau, mereka ditahan di Kuala Selangor dan dibawa ke kediaman mereka sebelum sepucuk pistol ditemukan dalam beg galas di kereta milik mereka.

“Suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada warga Israel terbabit yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis,” katanya sambil menambah siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kejadian tersebut.

Malah katanya, pasangan suami isteri itu mengakui membeli senjata api berkenaan dari Thailand.

Dalam pada itu, katanya, polis turut menahan seorang lagi lelaki warga tempatan yang dipercayai menjadi pemandu kepada warga Israel itu.

Semalam pada sidang media, Razarudin berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol pelbagai jenis di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.

Beliau berkata, susulan pemeriksaan ke atas suspek mendapati dia telah masuk ke Malaysia pada 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, siasatan juga mendapati lelaki berusia 36 tahun itu menggunakan pasport Perancis untuk masuk ke negara ini.

“Apabila disoal siasat, suspek kemudian beri satu lagi pasport iaitu pasport Israel.

“Siasatan lanjut, pihak berkuasa merampas sejumlah enam pucuk senjata api yang ditemui di dalam beg di bilik hotel didiami suspek.

Soal siasat lanjut, Razarudin berkata, suspek memberitahu dia datang ke Malaysia untuk mencari seorang warga Israel untuk dibunuh, kononnya ada isu berkaitan keluarga. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related