◉ HEADLINES

Lelaki Israel ditahan bersama 6 pucuk pistol di sebuah hotel

Suspek memberitahu dia datang ke Malaysia untuk mencari seorang warga Israel untuk dibunuh, kononnya ada isu berkaitan keluarga

7:14 PM MYT

 

CHERAS — Polis menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol pelbagai jenis di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, susulan pemeriksaan ke atas suspek mendapati dia telah masuk ke Malaysia pada 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki berusia 36 tahun itu menggunakan pasport Perancis untuk masuk ke negara ini.

“Apabila disoal siasat, suspek kemudian beri satu lagi pasport iaitu pasport Israel.

“Siasatan lanjut, pihak berkuasa merampas sejumlah enam pucuk senjata api yang ditemui di dalam beg di bilik hotel didiami suspek.

Soal siasat lanjut, Razarudin berkata, suspek memberitahu dia datang ke Malaysia untuk mencari seorang warga Israel untuk dibunuh, kononnya ada isu berkaitan keluarga.

Beliau berkata, setakat ini suspek tidak mahu mendedahkan pekerjaan sebenarnya dan polis juga tidak menolak siasatan menjurus kepada sama ada suspek mempunyai kaitan dengan ejen perisikan Israel, Mossad.

“Apa yang membimbangkan bila tangkapan ini berlaku kita lihat isu di Palestin dan Israel, jadi kita sangat berwaspada terutama keselamatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong dan juga orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Apa yang diceritakan suspek ini kita tidak percaya sepenuhnya, mungkin ada agenda lain kerana dia datang ke sini bermula 12 Mac sehinggalah dia ditangkap,” katanya.

Selain itu katanya, polis mendapati semua pembayaran senjata yang dibeli itu menggunakan mata wang kripto.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui bagaimana pistol boleh dibawa masuk ke Malaysia dan siapa penyeludupnya dan siapa penerima pembayaran itu.

“Suspek memaklum dia tiba di Malaysia baru dia buat pesanan senjata api itu, saya percaya itu sebab penerbangannya melalui Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ke Malaysia.

“Antara jenama pistol yang dirampas membabitkan Glock Smith & Wesson, Sig Sauer dan Stoeger,” katanya.

Selain itu beliau berkata, polis juga percaya suspek tidak bergerak seorang diri dan ada kenalan di sini.

“Kita belum kenal pasti contact itu. Kita juga akan siasat pasport dimilikinya, akan periksa ketulenan dengan Kedutaan Perancis,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Pasport 1966 dan Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – 29 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related