HEADLINES

Bersatu ambil langkah susulan selepas RoS lulus pindaan Perlembagaan parti: Hamzah

Beliau turut menyiarkan salinan surat kelulusan itu yang antara lain menyebut pindaan terbabit diluluskan dan boleh dikuatkuasakan mulai 1 April 2024

9:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu akan mengambil beberapa langkah susulan selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan parti itu yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas (EGM), 2 Mac lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah susulan itu bagi memastikan segala tindakan selepas ini dibuat mengikut perlembagaan dan undang-undang.

“Bersatu merakamkan ucapan terima kasih kepada RoS kerana meluluskan pindaan Perlembagaan parti ini yang diluluskan sebulat suara dalam EGM Bersatu pada 2 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyiarkan salinan surat kelulusan itu yang antara lain menyebut pindaan terbabit diluluskan dan boleh dikuatkuasakan mulai 1 April 2024.

Surat itu ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.

Terdahulu, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ROS sudah meluluskan pindaan terbabit yang membolehkan parti itu mengambil langkah seterusnya untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen, sekali gus diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, proses pemerkasaan parti itu juga sedang dilunaskan ketika ini.
“InsyaAllah Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) akan kekal menjadi suara serta pilihan rakyat,” katanya.

Sementara Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, undang-undang baharu itu adalah untuk ahli Bersatu dan tujuh wakil rakyat terbabit masih ahli Bersatu.

“Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dah arah Setiausaha Agung Bersatu mengambil tindakan seterusnya dengan mengeluarkan surat rasmi,’’ katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan pindaan Perlembagaan parti itu bertepatan dengan semangat dan hasrat pindaan Perlembagaan Akta Lompat Parti.

Malah katanya, ia adalah instrumen sokongan bagi memastikan pilihan dan kehendak rakyat tidak dikhianati dan diperolok-olokkan oleh wakil rakyat yang diundi mereka.

“Speaker jangan macam-macam pula ya. Suara rakyat, suara keramat. Hak rakyat untuk memilih wakil rakyat yang mereka kehendaki. Kembalikan hak tersebut kepada rakyat.

“Tiada sebab untuk Speaker takut untuk mengumumkan bahawa enam kerusi ini kosong dan tiada sebab untuk menolak PRK diadakan. Betul tak?” soalnya. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related