HEADLINES

Polis giat kesan bekas suami Indira, siasat dakwaan penyalahgunaan identiti

Polis menegaskan komitmen untuk mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak serta akan terus mempergiatkan usaha mengesan keberadaan anak dan bekas suami Indira Gandhi

6:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usaha mengesan bekas suami dan anak kepada Indira Gandhi masih giat dijalankan, termasuk siasatan lanjut terhadap dakwaan kewujudan individu yang menggunakan identiti bekas suami wanita itu iaitu K. Pathmanathan atau Muhammad Riduan Abdullah bagi menerima pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, ia termasuk bantuan kerajaan seperti program Budi Madani RON95 (Budi95) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Selain itu, Mohd Khalid berkata, semakan turut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengesahkan status Sekatan Perjalanan Khas (SPK) yang masih berkuat kuasa terhadap Muhammad Riduan.

“Polis Diraja Malaysia menegaskan komitmen untuk mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak serta akan terus mempergiatkan usaha mengesan keberadaan anak dan bekas suami kepada Indira Gandhi.

“Ia selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap institusi kehakiman,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan PDRM untuk memperluas pencarian bekas suami Indira Gandhi, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.

Pada 2009, Muhammad Riduan menukar agama tiga anak mereka kepada Islam tanpa persetujuan Indira Gandhi dan memohon hak penjagaan melalui Mahkamah Syariah.

Pada 29 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa penukaran agama ketiga-tiga anak kepada Indra Gandhi oleh bekas suaminya Muhammad Riduan adalah batal dan tidak sah.

Mahkamah Persekutuan juga mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.

Dalam pada itu, Mohd Khalid memberitahu, sejak 2021, sebanyak 18 sesi pengurusan telah diadakan di Mahkamah Tinggi Ipoh berkaitan perkara itu dan sesi pengurusan seterusnya ditetapkan pada 27 Februari 2026.

Beliau menegaskan setiap tindakan yang diambil dalam mengendalikan kes ini dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti demi memastikan keadilan ditegakkan mengikut lunas undang-undang.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan proses siasatan.

“PDRM turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan suspek untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat tersebut kepada balai polis terdekat,’’ katanya. — 26 November 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related