HEADLINES

Kerajaan semak semula kadar gaji minimum RM1,700 : Ramanan

Semakan tersebut dibuat selaras dengan Seksyen 25 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dengan keputusan akhir dijangka dibuat selepas proses penetapan kadar baharu dimuktamadkan oleh Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara (MPGGN)

11:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kadar gaji minimum semasa sebanyak RM1,700 sebulan yang dikuatkuasa pada Ogos 2025 akan disemak semula, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan.

Menurutnya, semakan tersebut akan mengambil kira indikator asas iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan gaji penengah bagi mengukur keperluan asas pekerja serta keupayaan majikan membayar upah.

Menurutnya, semakan tersebut dibuat selaras dengan Seksyen 25 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dengan keputusan akhir dijangka dibuat selepas proses penetapan kadar baharu dimuktamadkan oleh Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara (MPGGN).

Selain itu, katanya, kadar itu ditetapkan berdasarkan indikator pelarasan dengan mengambil kira Indeks Harga Pengguna (IHP), produktiviti buruh dan kadar pengangguran, katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Setakat ini, pihak kementerian tidak melaksanakan kajian khusus berkaitan gaji kehidupan wajar.

“Bagaimanapun, Bank Negara memperkenalkan konsep gaji kehidupan wajar pada tahun 2018 dengan menganggarkan gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur contohnya RM2,700 untuk individu bujang,’’ katanya.

Perintah kadar gaji minimum RM1,700 itu turut terpakai kepada pekerja bukan warganegara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak melibatkan pekhidmatan domestik.

Ramanan menambah, perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) yang diperkenalkan oleh Jabatan Perangkaan di mana kadarnya lebih granular mengikut lokasi, demografi dan corak perbelanjaan isi rumah sebenar.

Dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), katanya, turut menggariskan strategi reformasi pasaran buruh, antaranya mempercepat pelarasan gaji melalui semakan gaji minimum dengan mengambil kira gaji kehidupan wajar dan akan disyorkan kepada kerajaan untuk gaji minimum akan datang.

Sementara itu, Ramanan berkata, kerajaan turut memperkenalkan Dasar Gaji Progresif (DGP) sebagai pelengkap kepada model gaji minimum dan sistem gaji berasaskan produktiviti.

Katanya, Gaji Progresif adalah satu strategi kerajaan untuk menganjak struktur upah daripada sekadar gaji lantai kepada gaji yang setimpal dengan kemahiran.

“Sebanyak 5,910 majikan telah memohon melalui Sistem Gaji Progresif dengan 4,025 majikan atau 68.1 peratus telah menaikkan gaji pekerja serta mengemukakan tuntutan insentif Gaji Progresif yang memanfaatkan 51,363 pekerja melebihi sasaran awal sebanyak 50,000 pekerja.

‘Kerajaan berjaya menyalurkan bayaran insentif Gaji Progresif sebanyak lebih RM73 juta, meliputi kira-kira RM10.2 juta dibayar bagi kategori pekerja peringkat permulaan, manakala sebanyak RM62.9 juta disalurkan untuk pekerja bukan peringkat permulaan,’’ katanya. – 8 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

US defence ties with Malaysia remain strong despite lawmakers’ pressure over Israel policy

Defence minister says Washington remains committed to bilateral cooperation as Kuala Lumpur stands firm on long-standing position regarding Israeli entry restrictions

Expanded quota: M-League clubs allowed to register 33 players for 2025–26 season

MFL adds three local player slots per team, citing absence of youth squads and MFL Cup

Ringgit shows strength against US dollar in early trade

Investors cautious while awaiting fresh economic data, insights on global economic outlook

Related