HEADLINES

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara didakwa terima rasuah RM235,000, tiga kereta mewah

Mohamad Ali didakwa menerima RM 235,000 dan tiga kereta mewah daripada individu sama bagi projek tambak laut di Melaka

3:00 PM MYT

 

SHAH ALAM — Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 20 pertuduhan menerima rasuah berbentuk wang tunai berjumlah RM235,000 dan tiga kereta mewah bagi projek tambak laut di Melaka. 

Tertuduh, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, 61, yang juga Timbalan Ketua Penerangan Bersatu membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, lapor Bernama. 

Mohamad Ali, sebagai pengarah urusan sebuah syarikat pemaju didakwa dengan 17 pertuduhan menerima wang tunai secara rasuah berjumlah RM5,000 hingga RM20,000 dengan jumlah keseluruhan RM235,000 daripada seorang pengarah syarikat lain bergelar Datuk. 

Bagi tiga pertuduhan lain, dia didakwa menerima tiga kenderaan mewah jenis BMW730Li, Range Rover dan Bentley Flying Spur daripada individu sama. 

Ia sebagai upah untuk Mohamad Ali melantik syarikat itu menjadi kontraktor bagi menjalankan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja penambakan dan semua kerja berkaitan di bawah projek ‘cadangan menambak laut seluas 100 ekar (40.5 hektar) di perairan kawasan Kota Laksamana, Melaka Tengah, Melaka’ bernilai RM45.1 juta untuk tujuan pembangunan bercampur. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua premis, masing-masing di Glenmarie dan Sungai Buloh, Selangor antara Januari 2017 hingga 20 Jan tahun ini, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. 

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Datuk Ahmad Akram Gharib mencadangkan jaminan RM60,000 bersama seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah. 

Peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Mohamad Ali bersetuju dengan jumlah berkenaan bagi kesemua 20 pertuduhan itu. 

Mahkamah kemudian membenarkan jumlah itu selain tertuduh dilarang berhubung dengan mana-mana saksi pendakwaan. 

Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Julai depan. – 18 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related