◉ HEADLINES

2 lelaki diburu, disyaki terlibat kes bunuh 3 warga Sri Lanka

Polis menemui tiga mayat lelaki dalam sebuah bilik stor di kediaman pasangan suami isteri dengan tangan terikat manakala kepala mereka disarung dengan beg plastik

5:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis memburu dua suspek lelaki warga Sri Lanka kerana disyaki terlibat kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kedua-dua suspek berkenaan menginap di kediaman sepasang suami isteri yang menyewa di tingkat dua rumah kedai berkenaan sebelum kejadian bunuh di premis itu berlaku.

Katanya dalam kejadian pada 11 malam itu, polis menemukan tiga mayat lelaki dalam sebuah bilik stor di kediaman pasangan suami isteri dalam keadaan bertindan dengan tangan terikat manakala kepala mereka disarungkan dengan beg plastik.

“Dua daripada mayat berkenaan merupakan penyewa bilik dalam premis itu manakala seorang lagi merupakan anak lelaki kepada pasangan suami isteri berkenaan. Mangsa berusia antara 20-an hingga 40-an,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.

Allaudeen berkata kejadian bunuh berkenaan dilaporkan kepada polis oleh jiran-jiran di sekeliling kawasan premis itu setelah mendengar teriakan seperti berlaku pergaduhan dari arah kediaman penyewa itu.

“Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 40 tahun itu bersama anak mereka telah berkenalan dengan suspek sejak enam bulan lepas dan suspek yang tiba dari Klang telah menginap di rumah mangsa selama dua hari.

“Polis percaya dua suspek berkenaan merancang pembunuhan itu manakala motif pergaduhan ini masih disiasat,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Allaudeen berkata pasangan suami isteri berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan manakala kesemua mayat telah dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – 23 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related