HEADLINES

Aksi Newcastle, Everton dihentikan seketika untuk pemain Islam berbuka puasa

Tindakan kelab dan Liga Perdana Inggeris mendapat pujian ramai berbanding beberapa liga Eropah yang tidak membenarkan pemain beragama Islam berpuasa

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Newcastle dan Everton awal pagi tadi dihentikan pada minit ke-20 bagi memberi peluang kepada pemain beragama Islam berbuka puasa.

Menurut Daily Mail, beberapa pemain Everton termasuk Amadou Onana, Idrissa Gueye dan Abdoulaye Doucoure antara yang menjalani ibadah puasa.

Dalam perlawanan di Stadium St. James’ Park yang berkesudahan seri 1-1 itu, dapat dilihat beberapa pemain pasukan pelawat berada di garisan tepi padang untuk makan sebentar.

Momen tersebut mendapat perhatian ramai di media sosial, terutama peminat EPL yang rata-rata memuji tindakan kelab serta pentadbir Liga Perdana kerana menghormati setiap agama.

“PL (Liga Perdana) terus mendahului daripada segi keterangkuman dan kepelbagaian. Itulah sebabnya ia adalah liga terbaik di dunia,” tulis pemilik akaun Mr KhalifZA di Twitter.

“Liga Perdana adalah liga yang dihormati, mengagumkan dan menghiburkan yang menghormati semua agama,” tulis Ridha Ben Yahiya.

Pemain Everton seperti Amadou Onana, Idrissa Gueye dan Abdoulaye Doucoure antara yang menjalani ibadah puasa. – Gambar media sosial, 3 April, 2024

Wartawan, Leon Mann dan anak-anak perempuannya turut berkongsi rasa kagum melihat momen tersebut.

“Melihat pemain Muslim berbuka puasa semasa Newcastle bertemu Everton bersama anak-anak perempuan saya. Mereka kagum. Anak sulung saya berkata, ia sangat hebat! Pujian buat Liga Perdana,” katanya.

Bulan Ramadan adalah bulan ibadah bagi umat Islam dan mereka perlu menjalani ibadah puasa, di mana mereka akan menahan dahaga dan lapar dari waktu Subuh sehingga Maghrib.

Ia bukanlah kali pertama EPL menghentikan perlawanan untuk memberi laluan kepada pemain beragama Islam berbuka puasa.

Pada Sabtu lalu, perlawanan Aston Villa menentang Wolverhampton turut dihentikan seketika bagi membolehkan Moussa Diaby dan Rayan Ait-Nouri berbuka puasa. – 3 April, 2024

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related