◉ HEADLINES

Insiden Pulau Angsa: APMM masih siasat punca kejadian

Kesemua kru pesawat yang terbabit insiden itu telah kembali bertugas seperti biasa minggu lepas

8:30 AM MYT

 

KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar helikopter jenis AW139 kendalian agensi itu melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, pada 5 Mac lepas.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata pencarian kotak hitam pesawat berkenaan diteruskan di lokasi kejadian bagi mengumpul lebih banyak bukti berkaitan punca kemalangan berkenaan.

“Tadi saya bersama pengurusan berbincang mengenai perkara iaitu kita juga masih teruskan pencarian kotak hitam.

“Siasatan masih berjalan, apabila semua sudah selesai kami akan maklumkan untuk hebahan di media,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Khas Pagar Laut di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan siasatan insiden helikopter jenis AW139 melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa pada 9.55 pagi namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pesawat yang diterbangkan oleh Left Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria turut disertai Left Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

Sementara itu, Hamid berkata kesemua kru pesawat yang terbabit insiden itu telah kembali bertugas seperti biasa minggu lepas.

Beliau berkata kesemua mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan disahkan insiden itu tidak mendatangkan impak yang besar terhadap kesihatan mereka.

“Impak kemalangan kepada mereka tidak begitu teruk dan selepas berehat mereka telah kembali bertugas dengan lebih bersemangat,” katanya. – 19 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related