HEADLINES

‘Sudah tiba masanya sistem Ahli Majlis dilaksanakan di DBKL’ wakili rakyat bukan pemaju

Cadangan itu merangkumi pelantikan Datuk Bandar sebagai pengerusi manakala dua anggota hendaklah dicalonkan oleh setiap Ahli Parlimen Kuala Lumpur

12:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen penyokong kerajaan Kuala Lumpur mencadangkan sistem Ahli Majlis dilaksanakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memastikan ketelusan dan mewakili kepentingan rakyat, bukannya pemaju.

Cadangan berkenaan akan dikemukakan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) persendirian bagi pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960. Ia melibatkan penambahan seksyen 5B di bawah akta berkenaan.

Ahli-Ahli Parlimen terbabit ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Teresa Kok (Seputeh), IR. TS. Zahir Hasan (Wangsa Maju), Tan Kok Wai (Cheras), Lim Lip Eng (Kepong), P. Prabakaran (Batu) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Pada sidang media bersama di Parlimen hari ini, Nik Nazmi berkata, melalui sistem Ahli Majlis itu, Datuk Bandar dilantik sebagai Pengerusi Majlis dan dua anggota hendaklah dicalonkan oleh setiap Ahli Parlimen Kuala Lumpur bagi mewakili Parlimen tersebut.

Calon-calon tersebut, katanya hendaklah dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ia merupakan salah satu kaedah praktikal ke arah pendemokrasian yang lebih besar di Kuala Lumpur.

“Tiada perubahan besar lain dibuat ke atas Akta Ibu Kota 1960 di bawah RUU ini dan tujuan pindaan ini adalah untuk melaksanakan syor oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dikemukakan pada Ogos 2025 bagi Reformasi Takbir Urus Kuala Lumpur, iaitu daripada kuasa dipusatkan kepada Datuk Bandar yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan kepada satu sistem Ahli Majlis.

“Ia juga sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan tempatan lain di seluruh negara di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976,’’ katanya.

Nik Nazmi memberitahu, mereka berharap RUU itu dapat dibentang dan dibahaskan dalam masa terdekat, dengan apa yang ditampilkan adalah berdasarkan input daripada peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak lain.

“RUU ini mungkin tidak sempurna tetapi kami merasakan sekurang-kurangnya kita ada satu working document yang boleh dimulakan dan sebagai rujukan dan bermakna kita bukan cakap kosong.

“Kita harap selepas ini mungkin memudahkan kerja penasihat undang-undang di Jabatan Wilayah dan juga di peringkat Peguam Negara untuk tampil dengan RUU dan kami sebagai penyokong kerajaan, kita nak secara positif dan proaktif bekerjasama dengan pihak kerajaan.

“Kami faham mungkin kena bincang dan sebagainya tetapi kita tak kacau Akta Ibu Kota yang lain iaitu tentang kedudukan Datuk Bandar, tentang kedudukan lembaga penasihat dan sebagainya,’’ katanya.

Jelas Nik Nazmi, DBKL telah mencapai status berpendapatan tinggi dengan peruntukan berbelanja RM2.835 bilion pada tahun ini namun segala kuasa terhadap perbelanjaan ini terletak di bahu Datuk Bandar yang lazimnya seorang penjawat awam dengan semak dan imbang yang terhad daripada lembaga penasihat dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Dalam pada itu, Teresa pula memberitahu, sebagai Ahli Parlimen di Kuala Lumpur selama enam penggal, dan Tan Kok Wai pula selama sembilan penggal, mereka tidak mempunyai peranan dan selalunya tidak dipandang serius oleh DBKL.

“Banyak pembangunan pesat di kawasan saya malah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur juga menjadi begitu serius namun pembangunan yang padat masih diluluskan oleh DBKL.

“Jadi dengan adanya Ahli Majlis yang dilantik oleh Ahli Parlimen di kawasan Kuala Lumpur, pandangan dan peranan boleh dimainkan dalam pentadbiran DBKL menerusi Ahli Majlis,’’ katanya.

Sementara Lim Lip Eng pula memberitahu, tiada sebab cadangan berkenaan dibantah oleh parti-parti politik memandangkan sistem Ahli Majlis sudah lama dijalankan di negeri-negeri lain.

“Saya cuba nak tambah satu perkara iaitu hakikatnya negeri-negeri lain ada Ahli Parlimen, ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ada ahli majlis dalam segi pentadbiran negeri-negeri berkenaan.

“Tetapi hakikatnya di Kuala Lumpur, kita ada Ahli-Ahli Parlimen, kita tidak ada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan kita tidak ada Ahli Majlis langsung,’’ katanya yang turut menyifatkan cadangan RUU itu bertepatan dengan keperluan warga kota. – 20 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related