◉ HEADLINES

Lelaki maut ditikam di perut selepas memaksa wanita melakukan hubungan seks

Mangsa merupakan seorang suspek berkait dengan kes kurungan salah terhadap seorang wanita di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan

5:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 45 tahun ditemukan mati dipercayai ditikam selepas cuba merogol seorang wanita dalam kejadian di Kuala Krai, Kelantan, petang kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mayat mangsa ditemukan terbaring di depan tandas awam di Dataran Lemang, Manek Urai.

Namun katanya, hasil semakan rekod ke atas si mati mendapati, mangsa merupakan seorang suspek berkait kes kurungan salah terhadap seorang wanita di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

“Pada 1 April, jam lebih kurang 6.30 petang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan telah menerima maklumat berkenaan penemuan satu lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di depan tandas awam Dataran Lemang, Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman pada bahagian perut dan tiada sebarang kesan darah di lokasi mayat mangsa ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan polis mendapati pada 28 Mac lalu, mangsa telah membawa seorang wanita dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu ke beberapa kawasan di dalam daerah Kuala Krai.

“Mangsa kemudian ditikam sebanyak tiga kali di bahagian perut dengan menggunakan sebilah pisau, ketika memaksa teman wanita itu melakukan hubungan seks.

“Mangsa dipercayai telah melarikan diri setelah wanita berkenaan berjaya melepaskan diri daripada pengawasan mangsa,” tambahnya.

Beliau memberitahu, mayat si mati telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat dan doktor telah mengesahkan punca kematian adalah disebabkan luka yang terdapat di bahagian perut kesan daripada tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis.

Katanya, mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan sehingga menyebabkan luka dalam menjadi parah akibat jangkitan kuman.

“Mangsa turut mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik. Pihak polis telah menahan seorang wanita berusia 28 tahun serta merampas sebilah pisau pemotong sayur.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – 3 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Cheng Hoe urges realistic expectations as Harimau face uphill Asean Cup challenge

With just 10 days to prepare a largely inexperienced squad, interim coach Tan Cheng Hoe says building chemistry and competitiveness will be Malaysia's biggest priorities ahead of the 2026 Hyundai Asean Cup

◉ Related