HEADLINES

Kes tikam: Mayat pelajar perempuan sudah dituntut keluarga

Polis berkata, mayat mangsa dituntut pada jam 7.30 pagi tadi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

11:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat pelajar perempuan yang maut selepas ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya semalam sudah dituntut keluarga.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shamsudin Mamat berkata, mayat mangsa dituntut pada jam 7.30 pagi tadi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

“Ya, mayat telah dituntut oleh keluarga pada jam 7.30 pagi. Perkembangan lanjut akan dikongsikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, dalam sidang media pada jam 11.30 pagi,” katanya ringkas ketika dihubungi, lapor BH.

Dalam pada itu, difahamkan proses permohonan reman terhadap suspek telah selesai, dan maklumat lanjut akan dikongsi dalam sidang media yang dijadual hari ini.

Semalam, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dipercayai ditikam sehingga mati oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di sini dalam kejadian pada jam 9.30 pag.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kawasan sekolah, manakala suspek berusia 14 tahun, yang juga pelajar sekolah sama, ditahan.

Berikutan itu, polis merampas dua senjata tajam yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut dan turut menahan suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related