HEADLINES

MBKT lelong kambing tidak dituntut, harga bermula RM84

Proses lelongan bermula 9.30 pagi ini di Pusat Tahanan Haiwan Kawasan Perindustrian Chendering (Tepi Sungai)

8:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 ekor kambing dengan tiga daripadanya kambing jantan akan dilelong pagi ini oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan harga rezab bermula antara RM84 hingga RM301.

Proses lelongan itu bermula 9.30 pagi ini di Pusat Tahanan Haiwan Kawasan Perindustrian Chendering (Tepi Sungai) melibatkan lelongan haiwan ternakan yang tidak dituntut dan bagi tujuan pelupusan.

Menurut Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif, mereka yang berminat untuk membuat tawaran berkenaan boleh hadir di pusat tersebut dengan haiwan terbabit akan dilupuskan berdasarkan harga tertinggi.

“Setiap pembida hanya boleh membeli maksimum seekor kambing sahaja.

“Bayaran penuh hendaklah dibuat kepada pembuat tawaran di kaunter yang disediakan,’’ katanya menerusi iklan lelongan MBKT.

Menurut Rosli, menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976, mana-mana haiwan yang disita dan tidak dituntut di bawah Perkara 6 (3) Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (MBKT), majlis boleh mengadakan lelongan awam untuk melupuskan haiwan terbabit. – 4 April, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related