◉ HEADLINES

‘Wira sejati’ jururawat gadai nyawa lindungi bayi buat ramai tersentuh

Meskipun pada wajah masing-masing menyaksikan kebimbangan dan ketakutan, tetapi nyawa bayi-bayi yang baru menyaksikan dunia ini, harus dipelihara

9:53 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Satu video berdurasi 25 saat yang menyaksikan bagaimana tiga jururawat di sebuah hospital di Taiwan menggadai nyawa melindungi bayi-bayi yang baru dilahirkan ketika negara itu dilanda gempa bumi, menjadi tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, yang dirakam menerusi CCTV memperlihatkan jururawat-jururawat terbabit melindungi bayi tersebut ketika bangunan yang diduduki bergegar kuat.

Suasana gegaran itu turut dirakam oleh CCTV terbabit.

Mereka dipuji kerana sanggup menggadai nyawa melindungi sambil memegang troli bayi tersebut.

Meskipun pada wajah masing-masing menyaksikan kebimbangan dan ketakutan, tetapi nyawa bayi-bayi yang baru menyaksikan dunia ini, harus dipelihara.

“Reaksi mereka menunjukkan latihan dan dedikasi, yang lebih penting ialah ia memaparkan bagaimana mereka menjaga dan melindungi orang dalam yang (menghadapi) bahaya,’’ kata Group Afrique Consulting Projects.

“Wira sejati,’’ kata Jack.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat Taiwan kini mengejar masa untuk mencari mangsa selamat di celah-celah runtuhan namun berdepan terhalang akibat beberapa siri gempa susulan.

Setakat ini 9 orang maut manakala kira-kira 946 orang cedera, dalam gempa berukuran 7.4 magnitud yang melanda bandar Hualien pada jam 8 pagi waktu tempatan.

Hualien merupakan kawasan pelancongan terkenal dan bencana tersebut mengakibatkan kebanyakan struktur bangunannya runtuh.

Manakala beberapa siri gegaran pula direkodkan sehingga 6.4 magnitud. – 4 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related