HEADLINES

Penahanan lelaki Israel: Empat lagi diberkas di sekitar Johor semalam

Keempat-empat suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita itu ditahan di sekitar Skudai dan Gelang Patah, Johor bagi membantu siasatan

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas empat lagi individu semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keempat-empat suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita itu ditahan di sekitar Skudai dan Gelang Patah, Johor bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kesemua mereka berperanan membantu suspek dalam urusan menyeludup senjata api ke negara ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap keempat-empat individu terbabit.

“PDRM sedang siasat peranan mereka, namun dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan terbaharu itu menjadikan seramai tujuh individu ditahan setakat ini termasuk suspek utama iaitu lelaki Israel berusia 38 tahun.

Terdahulu, media melaporkan, suspek utama dikenali sebagai Shalom Avitan dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis.

Enam senjata api yang ditemui dalam bilik hotel suspek adalah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan dalam beg miliknya.

Susulan itu, polis menahan tiga warga Malaysia termasuk pasangan suami isteri disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel terbabit di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor.

Dalam sidang media pada Selasa lalu, Razarudin berkata, polis giat memburu lebih dua individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek utama.

Malah katanya, polis sudah membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 12 Akta Pasport 1966.

Katanya, suspek masih ditahan reman sehingga 7 Mac ini dan polis sudah merakam keterangan 23 individu bagi membantu siasatan. – 4 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related