◉ HEADLINES

Gelaran Biduanita Negara, siapa lebih layak Siti Nurhaliza atau Sheila Majid?

Ada netizen menyarankan pemilihan Biduanita Negara dilihat pada kualiti kerja dan impak kepada negara, bukan anugerah diterima semata-mata

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk menganugerahkan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Di sebalik sokongan yang diterima oleh Siti, tidak kurang pula yang membantah dengan alasan terdapat penyanyi senior lain yang lebih layak dengan nama yang disebut adalah Datuk Sheila Majid.

Antara alasan kenapa Sheila layak ialah penyanyi lagu Sinaran itu dikatakan memberikan impak kepada budaya pop moden di negara ini.

Malah ada yang menyatakan Sheila adalah penyanyi legenda dan mempunyai kelas tersendiri.

Ada juga yang meminta supaya bakat artis senior negara dihargai dan mereka juga merupakan permata seni negara.

Ini menyebabkan nama Sheila Majid menjadi trending di media sosial malah berlaku ‘perdebatan’ antara peminat kedua-dua penyanyi berkenaan.

Masing-masing memberikan alasan kenapa penyanyi pujaan mereka layak mendapat anugerah itu.

“No problem dengan Siti sebagai biduanita. Dia relevan sepanjang zaman, sentiasa hidup dengan lagu-lagu baharu, kalau Sheila Majid, dia gemilang pada zaman dia sahaja, generasi baharu tak kenal,” kata Camin di aplikasi X.

Senada dengan Camin ialah Aleyya Najhwa yang menyifatkan gelombang Siti sangat kuat berbanding Sheila.

“Walaupun aku peminat Sheila Majid dari kecil namun dari segi pencapaian, Siti lebih layak dapat gelaran Biduanita Negara. (telah) rangkul banyak anugerah dan genre yang ramai dengar malah namanya juga dikenali di luar (negara),” katanya.

Berbeza dengan kedua-duanya, Pami pula menyarankan pemilihan Biduanita Negara tidak hanya melihat kepada kuantiti anugerah semata-mata sebaliknya lebih kepada kualiti kerja dan impak kepada negara.


Berbeza dengan Tralala pula, dia mahu gelaran Biduanita diberikan mengikut turutan memandangkan masih ramai lagi artis senior lain.

“Ya, dua-dua (Siti dan Sheila) layak. Boleh bagi gelaran Biduanita ikut turutan. Artis-artis senior lain pun banyak lagi. Contoh Datuk Sheila Majid, Jamal Abdillah, Aishah, M Nasir, Khatijah Ibrahim, Ziana Zain dan Ramlah Ram,” katanya menerusi X.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti cadangan untuk menganugerahkan gelaran Biduanita Negara kepada Siti Nurhaliza yang juga pelantun lagu Aku Cinta Padamu.

Gelaran Biduanita Negara diberikan kepada individu yang banyak menyumbangkan jasa dan mempunyai pengaruh besar dalam industri seni tanah air.

Setakat ini hanya dua penyanyi yang pernah menerima gelaran Biduanita Negara iaitu Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini. – 5 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

◉ Related