HEADLINES

Ditahan di KK, Umno tubuh pasukan peguam pemerhati bantu Akmal

Terdahulu, Dr Akmal ditahan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 10.25 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu

2:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Biro Aduan Awam dan Undang-Undang Pemuda Umno menubuhkan pasukan peguam pemerhati bagi membantu ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh yang ditahan sepasukan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi.

Exco Pemuda Umno, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, mereka yang berminat dijemput untuk menyertai pasukan guaman tersebut.

“Susulan daripada penahanan Dr Akmal Saleh di Kota Kinabalu, Sabah berhubung kes mempertahankan kesucian kalimah Allah, kami di Biro Aduan Awam dan Undang-Undang Pemuda Umno menubuhkan pasukan peguam pemerhati yang akan membantu beliau.

“Kepada rakan-rakan bijaksana yang berminat nak menyertai pasukan peguam ini, boleh berhubung dengan saya, Shah Zanuriman atau Afzan Manaf,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Dr Akmal ditahan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 10.25 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Beliau dijadualkan menghadiri Program Kembara Ramadan di Sabah bersama ahli Pemuda Umno.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Dr Akmal ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi.

Menurutnya, penahanan tersebut susulan dua laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

“Dua laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah berhubung ucapan dan tindakannya mengenai isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart,” katanya. – 5 April, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Related