◉ HEADLINES

Bukan tangkapan tapi Akmal dipanggil untuk siasatan: PM

Anwar berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu hanya dipanggil untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu

5:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan polis pagi tadi.

Sebaliknya, Anwar berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu hanya dipanggil untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Saya rasa bukan tangkapan, dia dipanggil untuk disiasat.

“Ini penting bagi kita faham bahawa kenyataan kerajaan dan kemudian terakhir Yang di-Pertuan Agong, isu-isu ini kalau betul ada masalah seperti mana (isu) stoking, serius bagi orang Islam, siasat, tangkap, dakwa… kita jalan terus,” katanya kepada pemberita di Georgetown, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Akmal yang mendakwa ditahan di IPD Kota Kinabalu sejurus tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Anwar mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan kontoversi penjualan stoking tertera kalimah Allah untuk menghasut orang lain.

Tegasnya, kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan 3R (agama, kaum dan raja).

“Jangan kita guna isu ini atau isu lain untuk menghasut. Itu yang penting sama ada orang Islam atau bukan Islam. Jadi saya sudah tegaskan dan perlu tekankan kita takkan tolak ansur.

“Tidak peduli siapa kedudukan dia, parti mana… jangan diugut sekiranya diambi tindakan, apa lagi menyentuh 3 R,” katanya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Akmal ditahan untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Beliau berkata, Exco Melaka itu ditahan sepasukan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu, Sabah pagi ini susulan dua laporan polis terhadapnya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

“Dua laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah berhubung ucapan dan tindakannya tentang isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart,” katanya. – 5 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

◉ Related