HEADLINES

Sekolah boleh tutup sementara jika cuaca lebih 37 darjah Celsius

Perkara itu merupakan antara garis panduan yang ditetapkan KPM sejak 2023 dan boleh diguna pakai jika keadaan cuaca panas dan kering semakin meruncing

2:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak pentadbir dibenarkan menutup operasi sekolah sekiranya cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh memberitahu, ia merupakan antara garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) sejak 2023 dan boleh diguna pakai sekiranya keadaan cuaca panas dan kering semakin meruncing.

Tambahnya, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi menangani isu yang kita hadapi sekarang (cuaca panas dan kering).

“Sememangnya kita tahu bahawa hal ini juga menjadi satu cabaran bagi KPM untuk memastikan keselesaan dan juga kesihatan anak-anak,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng, hari ini.

Dalam pada itu, Wong berkata, semua aktiviti luar di sekolah juga perlu dihentikan buat sementara waktu sekiranya suhu melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Beliau berkata antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan ialah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian.

“Pihak KPM telah memberikan pesanan kepada kesemua pentadbir termasuklah pengetua, guru besar serta Pejabat Pendidikan Daerah supaya sentiasa memantau status suhu harian bagi cuaca panas setiap hari di sekolah dan juga daerah masing-masing,” katanya.

Pada Rabu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Ambun Dindang berkata, fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah.

Ambun Dindang berkata, Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung. – 27 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related