HEADLINES

Perkhidmatan Maybank kembali pulih selepas tergendala

Maybank memohon maaf selepas ramai penggunanya 'terperangkap' gara-gara tidak dapat melakukan sebarang transaksi dan pembayaran

9:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan perbankan Maybank kembali pulih selepas tergendala lewat malam tadi.

Maybank dalam kemaskini di laman Facebook memaklumkan pelanggan membabitkan web Maybank2u, aplikasi M2U dan MAE serta kad kredit serta debit, sudah boleh membuat transaksi di semua platform yang tergendala sebelum ini.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih atas pemahaman anda,” katanya.

Dalam kemas kini awal, Maybank memaklumkan perkhidmatan web dan perbankan mudah alihnya termasuk ATM dan Terminal Layan Diri (SST) tidak tersedia untuk sementara waktu.

“Dimaklumkan bahawa pada masa ini kami sedang menghadapi masalah pada perkhidmatan web Maybank2u, aplikasi MAE, ATM dan SST.

“Perkhidmatan kad debit dan kredit kami kini tersedia dan anda boleh menggunakannya sebagai mod pembayaran alternatif,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, sesetengah pengguna memaklumkan mereka ‘terperangkap’ di pelbagai kedai, kerana tidak dapat membayar

Seorang netizen, @Aqashapirlo meluahkan kemarahannya terhadap mutu perkhidmatan Maybank di platform X kerana dia tidak boleh membuat pembayaran di sebuah restoran barbeku Korea.

Sementara itu, @naziruljoharee berkongsi pengalamannya terkandas dua kali di lokasi berbeza disebabkan masalah tersebut.

“(Saya) terkandas di butik, dan kini saya terkandas di pintu pagar tempat letak kereta juga,” katanya. – 6 April 2024

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related