HEADLINES

Logo kasut mirip kalimah Allah: Pihak pengurusan Vern’s mohon maaf

Pihak syarikat telah mengambil langkah segera berhenti jual dan bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Vern’s, syarikat yang terpalit dengan isu terbaharu mengenai kalimah Allah, tampil memohon maaf kepada semua pihak dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.

Ini selepas tular isu mengenai logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluaran syarikat itu.

Malah menurut pengurusan Vern’s, pihak syarikat sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.

“Dan kami berharap agar diberikan ruang untuk menjelaskan reka bentuk logo tersebut.

“Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan.

“Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Vern’s, pihak syarikat telah mengambil langkah segera berhenti jual dan bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut.

“Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafan semua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.

“Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung isu tular tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara itu kepada Scoop.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga telah diarahkan untuk memanggil pihak berkaitan, esok, bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu berkenaan. – 7 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related