HEADLINES

3 warga Pakistan maut, 3 parah dirempuh ketika ke masjid untuk solat raya

Saringan awal air kencing mendapati pemandu kereta berkenaan positif dadah jenis ganja

11:00 AM MYT

 

IPOH – Hajat enam warga Pakistan untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas dilanggar kereta yang terbabas di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kesemua mangsa sedang berjalan ke masjid berdekatan apabila sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah terbabas dan melanggar pejalan kaki tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kereta dipandu lelaki warga tempatan berusia 36 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar enam pejalan kaki yang melalui bahu jalan tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya mangsa maut berusia antara 20 hingga 35 tahun, manakala tiga lagi yang cedera parah dirawat di Hospital Teluk Intan dengan kesemua mangsa mempunyai permit kerja dan dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, saringan awal air kencing pemandu kereta berkenaan didapati positif dadah jenis ganja dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian.

Menurutnya pemandu kereta berkenaan bekerja sebagai poembantu kedai makan di kawasan Teluk Intan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Amirrudin Shafiei di talian 013-9126959 atau 05-612 2222. – 11 April, 2024

Topics

 

Hangat

Health Ministry bans sale of five cosmetics for containing scheduled poisons

The Health Ministry has revoked the notification of five cosmetic products as they were found to contain scheduled poisons and are no longer allowed to be sold in Malaysia.

World sepak takraw rankings: ambitious start, stalled progress?

Six months after the ISTAF World Cup, the much-anticipated ranking system remains in limbo, leaving questions about the sport’s Olympic future

Malaysia celebrates historic double breakthrough at Badminton World Championships

Tang Jie-Ee Wei reach mixed doubles final as Pearly-Thinaah seal women’s doubles milestone on eve of Merdeka

Related