HEADLINES

Kes lelaki Israel: Beberapa lagi suspek diburu polis, 7 masih ditahan reman

Enam lagi suspek diberi jaminan polis sementara menunggu siasatan dilengkapkan

7:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis masih memburu beberapa lagi suspek bagi membantu siasatan kes lelaki Israel yang didakwa atas dua pertuduhan memiliki 158 peluru dan memperdagangkan enam pistol, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, walaupun suspek utama sudah dituduh atas pemilikan senjata api, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kes terbabit.

“Ini kerana terdapat suspek yang masih belum ditangkap yang boleh membantu mengenalpasti motif sebenar kes ini,” katanya kepada Scoop.

Menurutnya lagi, seramai tujuh daripada 13 suspek yang ditahan sebelum ini masih dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut.

“Sementara itu, enam lagi suspek diberi jaminan polis sementara menunggu siasatan dilengkapkan,” katanya.

Mengulas mengenai tiada tawaran ikat jamin terhadap lelaki terbabit, Razarudin berkata orang kena tahan (OKT) itu akan ditahan dalam penjara di bawah kawalan penjara sehingga pebicaraan selesai.

“Pertuduhan ke atas OKT ini adalah bagi kesalahan yang tidak boleh dijamin yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Ini bermakna OKT akan ditahan dalam penjara (di bawah kawalan pihak Penjara) sehingga perbicaraan selesai,” katanya.

Terdahulu, lelaki warga Israel berkenaan, Shalom Avitan, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 158 butir peluru.

Avitan yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang pada 27 Mac lalu selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol serta 158 butir peluru dalam beg miliknya.

Hasil siasatan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Khas (SB), mendapati lelaki tersebut memasuki negara ini pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis menerusi penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pada 8 April lalu, suri rumah, Sharifah Faraha Syed Husin dan suaminya, Abdul Azim Mohd Yasin didakwa di Mahkamah Sesyen Klang berhubung pemilikan pistol 9mm CZ 75.

Pasangan suami isteri itu ditahan di bazar Ramadan di Kuala Selangor pada 29 Mac lalu kerana disyaki menjual enam senjata api kepada lelaki Israel terbabit. – 12 April, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related