HEADLINES

Kemunculan ular sawa besar di Petaling Jaya kejutkan penduduk, ‘ia keluar sebab sekarang musim panas…’

Menerusi pemilik akaun individu yang berkongsi kejadian itu, haiwan terbabit sudah ditangkap pihak berkuasa

1:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penduduk di Seksyen 17, Petaling Jaya gempar dan terkejut dengan kemunculan seekor ular sawa besar yang menyusuri longkang di kawasan itu.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok, adzurri7 mengenai kejadian itu yang dilaporkan berlaku baru-baru ini, orang ramai berkerumun untuk melihat ular kelihatan seperti spesis ‘batik’ berkenaan.

Haiwan itu menyusuri saluran terbabit di bawah timbunan daun kering dan air.

Rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap kehadiran ular sawa itu yang dilihat berhampiran dengan pasar malam di kawasan berkenaan.

Ditanya seorang pengguna media sosial itu adakah ular sawa berkenaan sudah ditangkap, pemilik akaun tersebut mengakuinya selepas penduduk melaporkan mengenai kejadian terbabit.

Melalui ruangan komen, netizen memberikan ulasan masing-masing, termasuk terkejut dengan saiznya yang begitu besar di dalam longkang.

“Ular sawa sebesar ini, orang dewasa pun boleh ditelan, bila mematuk serta menggigit secara serentak dan terus membelit, sehingga tulang mangsanya patah lalu ditelan…,” kata anddika60.

“Apa yang ia makan selama ni ya sampai besar macam tu, tengah bandar pula tu, bukan di hutan,” tulis azkd.my.

““Sekarang musim panas, ular sawa akan cari tempat yang sejuk,” ujar Lyzz Jeremiah.

“Ular sawa banyak di bandar, berada dalam longkang yang bertutup dan makan kucing, anjing dan tikus…,” kata KakCiti.

“Hati-hati ular sawa boleh keluar lubang toilet (tandas) kalau saliran bawah tanah ada pecah atau merekah,” menurut MrFonze.

“Kat Seksyen 19, bukan setakat ular sawa, musang, tupai, monyet dan biawak pun ada,” respon Kamal.

“Alhamdulillah terima kasih kepada bomba dan semua yang membantu,” kata suriana097. – 13 April, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related