HEADLINES

Suspek cuba bunuh isteri di KLIA diburu polis, pengawal peribadi parah terkena tembakan

Suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum salah satu peluru terkena seorang pengawal peribadi

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal peribadi mengalami kecederaan parah selepas terkena tembakan dilepaskan seorang lelaki dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di situ sebelum peluru yang dilepaskan terkena individu lain dalam kejadian pada jam 1.30 pagi itu.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum salah satu peluru terkena seorang pengawal peribadi.

“Tembakan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya melarikan diri sejurus kejadian itu.

“Motif kejadian masih dalam siasatan polis dan kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hussein berkata, identiti suspek sudah dikenalpasti dan polis sedang giat memburu lelaki terbabit yang dipercayai melarikan diri ke utara tanah air.

“Dengan ini, kejadian ini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan,” katanya.

Jelasnya lagi, keadaan di KLIA ketika ini adalah terkawal dan selamat.

Sebelum itu, tular di media sosial video perkongsian netizen yang berada di lokasi kejadian.

“Ada kes tembakan dalam terminal, semua lari menyelamatkan diri. Polis semua datang,” katanya.

Dalam video tersebut, seorang lelaki mengarahkan orang ramai lari menyelamatkan diri dan mencari tempat selamat untuk berlindung.

“Jauh sikit, jangan duduk sana. Blah… blah… blah. Jauh… jauh pergi ke belakang tiang tu.

“Polis kejar mengejar dalam terminal tu. Semua kanak-kanak menangis,” katanya.

Keadaan di KLIA ketika itu dilihat agak huru-hara dengan seorang anggota polis bertanya lokasi mangsa yang cedera ditembak kepada orang awam yang berada di situ. – 14 April, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related