HEADLINES

Aliran trafik ke ibu kota mulai perlahan, perantau kembali dari kampung

Trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bergerak perlahan dan sesak sepanjang 14.2 kilometer (km) dari Karak menghala ke Tol Bentong.

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan di beberapa kawasan setakat 11 pagi tadi.

@LPTTrafik menerusi perkongsian di platform X memaklumkan, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bergerak perlahan dan sesak sepanjang 14.2 kilometer (km) dari Karak menghala ke Tol Bentong.

“Trafik turut sesak sepanjang 1.8KM dari KM122.8 hingga KM121.0 menghala ke Temerloh dan susur keluar persimpagan Lanchang sehingga Tol Plaza Lanchang,” katanya.

Dalam pada itu, Akaun X @PLUSTrafik memaklumkan trafik bergerak perlahan akibat kemalangan di KM144.4 arah Utara dari Sungai Dua menuju ke Juru.

“Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, @PLUSTrafik memaklumkan beberapa laluan Smartlane di KM27.0 hingga KM19.0 arah Selatan laluan antara Kulai ke Senai sudah diaktifkan bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar.

“Lorong kecemasan boleh dilalui di lokasi. Trafik terkawal. Pandu berhati-hati,” katanya.

Selain itu, antara laluan Smartlane yang turut dibuka ialah di KM194.6 hingga KM 184.4 arah Selatan dari Ayer Keroh ke Jasin, KM280.0 hingga KM276.0 arah Selatan dari Nilai ke Bandar Ainsdale, KM439.1 hingga KM435.5 arah Utara dari Rawang ke Sungai Buaya, KM354.0 ke KM356.0 arah Selatan dari Sungkai ke Slim River dan KM 367.3 ke KM 354.0 arah Utara dari Slim River ke Sungkai.

Untuk rekod, pihak PLUS akan mengaktifkan laluan SmartLane di 18 lokasi kritikal di sepanjang lebuh raya berkenaan bagi membantu penyuraian kesesakan trafik yang dijangka berlaku sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMtrafik. – 14 April, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related