◉ HEADLINES

Mengimbau istimewanya Ramadan, indahnya Lailatul Qadar namun masih ada mencari ‘lailatul kandaq’

Di sebalik kelebihan malam itu, muncul trend yang semakin menular apabila ada individu mencari ‘lailatul kandaq’ iaitu membuat perkara tidak bermanfaat

10:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Umat Islam di seluruh dunia meraikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, selepas sebulan menjalani ibadah puasa ketika Ramadan.

Merenung kembali Ramadan, ia mempunyai detik cukup bermakna di sepuluh malam terakhir, disebut Lailatul Qadar yang dipercayai lebih baik daripada seribu bulan, selain amat dinanti-nantikan semua umat Islam.

Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia, Mohd Azizee Hasan berkata, bagaimanapun di sebalik kelebihan malam itu, muncul trend yang semakin menular apabila segelintir individu mencari ‘lailatul kandaq’ iaitu memikul perkara tidak bermanfaat, berbanding Lailatul Qadar.

“Mungkin orang sibuk mencari lailatul kandaq, berbanding Lailatul Qadar, jadi sepatutnya kita sibuk dengan Lailatul Qadar.

“Masa kita kecil-kecil dulu, sentiasa diberitahu oleh orang tua kita, ibu bapa kita dan juga pakcik-pakciklah selalu kita pergi masjid, selalu dia kata kalau malam Lailatul Qadar, esoknya pokok bersujud.

“Seolah-olah pokok ini tunduk dan akur dengan kebesaran Allah,” katanya.

Beliau berkata, kaitan antara Lailatul Qadar, iaitu momen menjadi detik Al-Quran diturunkan dengan 10 malam terakhir, adalah berdasarkan hadith Nabi Muhammad SAW yang menyebut ‘rebutlah, carilah Lailatul Qadar itu pada malam-malam ganjil dari 10 malam terakhir Ramadan’.

“Sebab itu Nabi Muhammad SAW bila masuk 10 malam terakhir Ramadan, mengejutkan ahli keluarganya untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT kerana ingin mencari atau memburu kebaikan yang ada pada malam Lailatul Qadar,” katanya.

Azizee berkata, menurut hadis Nabi, antara tanda kehadiran Lailatul Qadar adalah suasana pada malam itu tidak terlalu dingin, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, dengan seolah-olah ia dalam keadaan tenang, manakala keesokan paginya, didapati cuaca matahari tidak begitu panas.

“Cuma satu perkara yang kita kena ingat, kalau kita punyai tanda-tanda tersebut, disunatkan berdasarkan hadith Nabi itu untuk kita merahsiakan kerana ia adalah satu keistimewaan Allah kepada manusia tersebut, sekali gus menjadi diri daripada sifat riak,” katanya. – 15 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related