◉ HEADLINES

Meru dilanda banjir, kediaman penduduk dimasuki air

Perkongsian foto, video menunjukkan kebanyakan kawasan di situ dinaiki air, selain jambatan runtuh

8:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hujan lebat sejak malam tadi turut mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di Meru, Klang awal pagi ini.

Menerusi keterangan dan foto dikongsikan penduduk di Facebook Meru Klang Residents Official setakat jam 7.45 pagi, kawasan dinaiki air itu antaranya adalah Persiaran Hamzah Alang, Taman Seri Puteri, Taman Daya dan Jalan Kasban.

Video dikongsikan seorang penduduk di Persiaran Hamzah Alang, Aizad Yahya menunjukkan air masuk ke seluruh rumah.

“Assalamualaikum dan selamat hari raya semua, banjir teruk di bulan Syawal di Taman Seri Puteri pagi ini, tengok gambar ini,” kata penduduk kawasan berkenaan, Putera Alam Shah Badrul.

Melalui foto dikongsikannya, air naik di luar dan dalam kediaman di kawasan berkenaan.

“Air dah masuk rumah, ada yang senasib ke…” kongsi Ejoi Klanong.

Difahamkan Sekolah Rendah Agama Meru dan Kawasan Batu 5 sudah mula dimasuki air susulan hujan lebat itu.

Penduduk, terutama ibu bapa turut menggunakan ruang media sosial itu bertanya mengenai perkembangan semasa banjir di kawasan berkenaan, bagi mengetahui laluan dinaiki air untuk memudahkan pergerakan mereka ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah.

Malah, penduduk memaklumkan jambatan di kawasan perumahan di situ juga runtuh kerana banjir terbabit.

“Salam, nak tanya Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Jalan Tap masih boleh lalu tak?” tanya Nora Slamy.

“Ada info tak Jalan Paip? SK Meru 2 dah banjir ke?” soal Aznan Ghadafi sebelum seorang penduduk memaklumkan kawasan itu turut dinaiki air dari semalam.

Semalam, Scoop melaporkan kawasan Kampung Melayu Subang turut dinaiki air selepas hujan lebat lebih sejam.

Ia mengakibatkan beberapa laluan utama di kawasan berkenaan terputus susulan limpahan air dari sungai berdekatan, menyebabkan kediaman dinaiki air.

Manakala, Pusat Pemindahan Sementara dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak, susulan banjir kilat yang melanda kawasan di Paya Jaras malam tadi.

Pihak Pejabat Daerah Petaling memaklumkan, keputusan dibuat selepas berbincang dengan agensi terbabit dan ia dibuka dibuka di SK Merbau Sempak kerana kawasan itu lebih besar, bagi memuatkan lebih ramai mangsa. – 17 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related