HEADLINES

Ketua Pengarah JAS mengaku tidak bersalah dakwaan terima suapan RM100,000

Wan Abdul Latiff Wan Jaffar didakwa menerima suapan sebanyak RM100,000 bagi pengecualian penyediaan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

10:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM100,000.

Wan Abdul Latiff, 59, pengakuan berkenaan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Dia didakwa menerima suapan itu daripada Pengarah Syarikat Sunrich Conquest Sdn Bhd melalui pengurus projek di syarikat yang sama.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan pada 15 Januari 2025 di pejabat Ketua Pengarah di Putrajaya.

Suapan itu didakwa sebagai upah bagi dirinya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Pengarah Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, untuk mempertimbangkan rayuan bagi pengecualian penyediaan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Penyediaan laporan itu adalah bagi permohonan kebenaran merancang untuk cadangan membina jalan berkembar Bukit Kukus dan kerja tanah untuk mitigasi di atas tanah kerajaan, Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan, atau RM100,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin, dengan mengambil kira kedudukan tertuduh serta jumlah suapan yang terlibat.

“Pendakwaan juga mohon syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai,” katanya.

Peguam Mohd Firdaus Ahmad yang mewakili Wan Abdul Latiff memohon jaminan antara RM20,000 hingga RM30,000 atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga.

Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes. – 3 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related